Harian Metro

Tauke lembu daging

- Omar Ahmad rencana@hmetro.com.my

Kamarruzam­an warisi ilmu menternak sejak di bangku sekolah

Berkat mempelajar­i ilmu keusahawan­an daripada bapa sejak di bangku sekolah, kini pemilik Desa Selatan Beef Sdn Bhd, Kamarruzam­an Abdul Jalil, 35, bukan saja bergelar pengusaha dan pengeluar daging lembu, malah menjadi penternak lembu pedaging.

Kamarruzam­an berkata, dia mula mempelajar­i perusahaan dengan menjual daging lembu sejuk beku daripada bapanya sejak di bangku sekolah.

“Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya terus mengusahak­an perniagaan keluarga selama sembilan tahun dan dari situ saya mempelajar­i selokbelok perusahaan.

“Dari situ saya memerhati dan membuat kira-kira penjualan daging sejuk beku saja tidak memberi pulangan yang lumayan lantas saya mencuba untuk menternak lembu pedaging sendiri.

“Saya mula menternak lembu sendiri pada 2008 dengan baka lembu kampung 15 ekor pada masa itu.

“Alhamdulil­lah, Allah permudahka­n urusan dan kini saya memiliki lebih daripada 10 baka lembu tempatan serta kacukan,” katanya ketika ditemui pada pameran di Pavillion Keusahawan­an Johor dan Agro Johor, Ekspo Johor Berkemajua­n di Iskandar Puteri, Johor, baru-baru ini.

Menceritak­an pengalaman sebagai penternak lembu, Kamarruzam­an berkata, dia juga menghadapi masalah yang sama dengan penternak lain.

Katanya, penyakit kuku dan mulut (FMD) dan Brucellosi­s antara yang pernah dihadapi lembu ternakanny­a, namun berjaya diatasi dengan melakukan vaksin daripada Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) Johor.

“Sekarang ini saya lebih fokus pada penternaka­n dengan membeli lembu dan dipelihara dalam tempoh tiga hingga empat bulan sebelum dijual semula khususnya pada musim perayaan.

“Pada Aidiladha lalu, saya mempunyai 1,200 lembu yang diletakkan di Ladang Sungai Labak Kota Tinggi, Johor dan menjual 900 ekor untuk ibadat korban.

“Selain membeli lembu untuk memenuhi pasaran dan permintaan, saya juga membeli lembu kacukan untuk pembekalan sperma berkualiti bagi melakukan permanian berhadas

(AI) yang dipantau JPV negeri,” katanya yang kini mempunyai 30 pekerja.

Tambah Kamarruzam­an yang juga Presiden Generasi Transforma­si Ruminan (GTR), dia mempunyai lebih 10 baka berlainan bagi lembu kacukan yang dipelihara bagi tujuan AI dan pameran.

“Lembu terbaru yang dipelihara adalah lembu dari jenis Lemousin yang berasal dari Perancis dan sudah dikacukkan dengan Brahman dari Australia.

“Malah lembu yang bernama Sani yang mencapai berat satu tan itu, saya peroleh selepas berjaya meneka beratnya pada peraduan ‘Cuba Teka Berat Lembu Sado’ sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK 2017) dan Festival Makanan Malaysia di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), September lalu.

“Selain baka itu, saya juga mempunyai lembu dari pelbagai baka antaranya Brahman kacuk Charolais, Murray Gray, Hereford, kacukan Belgium Blue, Brahman, Brakmas, Jersie Friesian dan pelbagai lagi,” katanya.

Menyentuh berkenaan makanan lembu, Kamarruzam­an berkata, dia menggunaka­n dedak sebagai formula untuk meningkatk­an berat badan haiwan itu.

Bagaimanap­un, makanan harian yang berkhasiat perlu diberi supaya haiwan ternakanny­a membesar dengan sihat.

“Saya membuat sendiri makanan lembu dari bahan kitar semula yang terdiri daripada pelepah sawit, isirung sawit, hampas nanas, hampas soya, rumput napier dan rumput kering,” katanya.

Pada masa sama Kamarruzam­an pernah menerima Anugerah Perdana sempena HPPNK 2017 yang disampaika­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 ??  ?? KAMARRUZAM­AN bersama sebahagian lembu kacukan
miliknya pada pameran di Ekspo Johor Berkemajua­n.
Pada Aidiladha lalu, saya mempunyai 1,200 lembu yang diletakkan di Ladang Sungai Labak Kota Tinggi, Johor dan menjual 900 ekor untuk ibadat
korban
KAMARRUZAM­AN bersama sebahagian lembu kacukan miliknya pada pameran di Ekspo Johor Berkemajua­n. Pada Aidiladha lalu, saya mempunyai 1,200 lembu yang diletakkan di Ladang Sungai Labak Kota Tinggi, Johor dan menjual 900 ekor untuk ibadat korban
 ??  ?? NAJIB menyampaik­an anugerah kepada Kamarruzam­an.
NAJIB menyampaik­an anugerah kepada Kamarruzam­an.
 ??  ?? LEMBU bernama Sani jenis Limousin dari baka asal Perancis yang dikacukkan.
LEMBU bernama Sani jenis Limousin dari baka asal Perancis yang dikacukkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia