Harian Metro

MEDAN PENCINTA SENI

- Redzuan Muharam

peserta,hadiah utama setiap kategori digandakan iaitu daripada RM4,000 kepada RM8,000.

“Tahniah kepada semua dan diharap kejayaan itu menjadi pendorong untuk terus aktif dan mengikut jejak langkah pemenang terdahulu yang kebanyakan­nya sudah bergelar artis,” katanya.

Penuntut Dasein Academy of Art,Kuala Lumpur,Foo Fang Xuan, 20,tidak menyangka lukisan balang berisi snek dihasilkan­nya membawa tuah untuknya meraih tempat pertama dalam kategori lukisan minyak.

“Idea menghasilk­an lukisan berkenaan tercetus selepas singgah di kedai menjual biskut dan snek di sebuah pasar pagi.

“Kebanyakan snek dan biskut berkenaan adalah makanan ketika kecil jadi ia secara tidak langsung mengembali­kan memori silam.

“Lukisan menggunaka­n cat minyak ini lebih mudah namun lima minggu juga diambil untuk menyiapkan­nya,” katanya.

Seorang lagi peserta,Nur Ahmad Syafie Jasni,22,berkata,meskipun sekadar membawa pulang hadiah sagu hati,dia tidak kecewa kerana dapat menimba pengalaman baru dan bertemu dengan pelukis dari IPT yang lain.

“Untuk pertanding­an ini, saya memilih kuih tinimbu iaitu makanan tradisi suku kaum Tatana sebagai subjek utama lukisan.

“Saya gunakan arang untuk menghasilk­an lukisan ini yang mengambil masa kira-kira lima jam untuk disiapkan.

“Walaupun tiada rezeki memenangi hadiah utama,saya tetap gembira kerana dapat mengetenga­hkan budaya dari Sabah menerusi lukisan berkenaan,” katanya.

25 penuntut tonjol kreativiti, angkat elemen seni dan budaya dalam lukisan

 ??  ?? PEMENANG selepas majlis penyampaia­n hadiah.
PEMENANG selepas majlis penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? FOO bersama luk isan yang dihasilk annya.
FOO bersama luk isan yang dihasilk annya.
 ??  ?? NUR Ahmad Syafie mengetenga­hk an mak anan tradisi Sabah sebagai subjek utama luk isan.
NUR Ahmad Syafie mengetenga­hk an mak anan tradisi Sabah sebagai subjek utama luk isan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia