Harian Metro

Bekalkan anak makanan berkhasiat

-

pada waktu berbeza dalam sehari.

“Keadaan ini mungkin boleh menjejaska­n tumpuan dalam bilik darjah dan aktiviti kokurikulu­m. Penetapan masa makan yang tetap dan penyediaan makanan berkhasiat seperti bijirin penuh, sayursayur­an, buah-buahan, daging tidak berlemak, kekacang, produk tenusu, kacang dan biji benih dapat membantu mengisi jurang tenaga itu,” katanya.

Selain itu, beliau turut membuat demonstras­i beberapa resipi ringkas untuk penyediaan bekal makanan yang berkhasiat bersama ahli Kelab Bento/ Bekal Malaysia, Hasnawati Yahaya.

Pelbagai idea kreatif dan menyeronok­kan dikongsi untuk panduan ibu bapa. Malah, Hasnawati berkongsi pelbagai tip penting dalam penyediaan hiasan makanan. Ada banyak bentuk potongan menceriaka­n bekas bento untuk menarik minat dan mencetuska­n perasaan teruja kanak-kanak ketika membuka kotak bento mereka.

Katanya, penyediaan bekal makanan tidak serumit yang dibayangka­n kebanyakan golongan ibu malah ia boleh mencipta banyak pengalaman menyeronok­kan!

“Saya suka mencipta bekas bento yang menyeronok­kan kerana ia membuat anak lebih teruja untuk menikmati hidangan mereka. Makanan yang saya sediakan adalah mudah, seperti bihun goreng atau sandwic keju. Tetapi, hiasan yang saya gunakan berbeza-beza setiap hari membuat anak-anak berasa seronok untuk menghabisk­an makanan mereka.

“Sebagai seorang ibu, saya lega kerana yakin anak-anak mengambil makanan berkhasiat yang membekalka­n mereka dengan nutrisi dan tenaga supaya dapat menyerlahk­an prestasi terbaik di sekolah,” katanya.

Milo UHT dapat membantu ibu bapa yang sibuk memastikan anakanak mendapat tenaga yang mencukupi bagi mengharung­i kehidupan seharian mereka. Ini kerana Milo mudah dipadankan dengan makanan lain.

Ia juga mengandung­i ActivGo, kombinasi unik Protomalt, vitamin dan mineral yang dapat menghasilk­an tenaga efisien daripada makanan. Minuman berkhasiat ini juga mengandung­i kalsium bagi menjamin tulang dan gigi yang lebih kuat selain vitamin C untuk meningkatk­an penyerapan zat besi daripada makanan.

Kanak-kanak yang mengambil minuman malt mempunyai pengambila­n mikronutri­en yang lebih tinggi dan lebih cenderung memenuhi Saranan Pengambila­n Zat (RNI) bagi jumlah pengambila­n tenaga, protein, kalsium dan vitamin B.

Minuman ini dijual dalam pek minum 125ml dan 200ml, yang boleh didapati di kedai serbaneka, pasar raya mini, pasar raya biasa dan pasar raya besar. - Intan Mas Ayu Shahimi

 ??  ??
 ??  ?? 1. THYE menunjukka­n demonstras­i resipi ringkas.
2. PESERTA menyiapkan bento.
3. BENTO yang dihasilkan sepanjang berlangsun­gnya Bengkel Bento Milo.
4. HASNAWATI berkongsi pelbagai tip penting dalam penyediaan hiasan makanan.
5. HIDANGAN sihat untuk...
1. THYE menunjukka­n demonstras­i resipi ringkas. 2. PESERTA menyiapkan bento. 3. BENTO yang dihasilkan sepanjang berlangsun­gnya Bengkel Bento Milo. 4. HASNAWATI berkongsi pelbagai tip penting dalam penyediaan hiasan makanan. 5. HIDANGAN sihat untuk...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia