Harian Metro

Stik untuk menu tengah hari

-

Nikmati hidangan daging lembu 200 gram diperap sempurna dengan ramuan rahsia

Hidangan lain turut disediakan ialah nasi tumpeng, nasi kunyit wangi yang terdiri daripada nasi kuning yang disajikan bersama rendang daging, sayuran, paru, kentang potong, sambal udang dan ayam goreng.

Manakala nasi dagang, iaitu nasi pulut dengan herba aromatik yang disertakan hidangan sampingan seperti kari ikan dan sayur jeruk juga menjadi kegemaran masyarakat Kelantan.

Tidak dilupakan pencuci mulut istimewa negeri Cik Siti Wan Kembang seperti kuih akok dan lompat tikam. Festival Masakan

Kelantan di Mamanda

TPC Kuala Lumpur akan dihidangka­n untuk makan tengahari sehingga makan malam.

Bagi pencinta ayam, cubalah barbeku ayam putih, ayam kampung panggang atau pasta caprese ayam, pengalaman menikmati hidangan ayam yang tidak pernah dirasai sebelum ini!

Bagi yang gemarkan makanan pedas wajib mencuba pasta ayam pedas. Rasa pedas pada pasta linguine yang sempurna dihidang bersama dada ayam yang disalut bawang putih, selasih segar, pesto tomato dan sedikit lada Chipotle.

Bagi mereka yang berselera besar atau mahu mencuba pelbagai hidangan dalam satu pinggan, anda boleh mendapatka­n kombo makan tengah hari sempurna seperti Bountiful Beef Rib & Mojo Chicken, Bountiful Beef Rib with Fish & Fries atau Bountiful Beef Rib & Lamb Cevapi.

Jika mencari sesuatu yang lebih ringan, pilihan salad juga tidak kurang hebatnya. Antara yang digemari ramai, salad Asian dengan ayam panggang atau salad Caesar ayam yang pasti dapat memuaskan selera anda.

 ??  ?? PENGURUS Besar Tony Roma’s, Radziah Bakhtiar bersama sebahagian makan tengah hari yang istimewa
PENGURUS Besar Tony Roma’s, Radziah Bakhtiar bersama sebahagian makan tengah hari yang istimewa
 ??  ?? NASI kerabu hidangan klasik Kelantan.
NASI kerabu hidangan klasik Kelantan.
 ??  ?? HIDANGAN Bountiful Beef
Rib with Fish &Fries
HIDANGAN Bountiful Beef Rib with Fish &Fries

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia