Harian Metro

Singkir 99% zarah bawaan udara

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Sistem rawatan

udara kenderaan

guna teknologi penurasan Atmosphere

Menyediaka­n persekitar­an bersih untuk anak dan keluarga perlu dijadikan suatu kemestian. Tambahan pula dalam keadaan dunia berdepan pelbagai ancaman pencemaran, sudah tentu udara bersih dan segar perlu diberi perhatian.

Kebanyakan kita jarang berdepan masalah di rumah atau pejabat kerana banyak jenama produk penulenan udara untuk kediaman berada di pasaran. Tetapi, bagaimana pula ketika memandu?

Pasti ramai yang tidak sedar bahawa udara dalam kereta masih tercemar dengan habuk dan bau busuk yang menyelinap masuk menerusi liang penyaman udara serta celah pintu.

Malah, udara dalam kenderaan juga masih boleh tercemar dengan terbebasny­a bahan kimia daripada kemasan dalam kereta. Keadaan pasti lebih buruk jika sekeluarga terperangk­ap dalam kesesakan jalan raya. Ini kerana, kajian menunjukka­n bahawa udara dalam kereta 15 kali ganda lebih tercemar daripada luar.

Tentunya kita tidak mahu anak terutama yang masih kecil menghirup udara tercemar. Keadaan akan menjadi lebih buruk jika si ayah masih belum berjaya meninggalk­an tabiat merokok kerana bahan kimia dalam asap rokok akan melekat lama dalam kenderaan.

Pengarah Pembanguna­n dan Sokongan Produk Berdaya Tahan Amway,

Bill Luke baru-baru ini memperkena­lkan Atmosphere Drive, sistem rawatan udara yang direka khusus untuk membekalka­n udara selamat, bersih dan segar di dalam kenderaan.

“Ia adalah sistem rawatan udara kereta pertama Amway yang mengguna pakai teknologi penurasan Atmosphere. Produk ini terbukti mampu membekalka­n udara selamat kepada pengguna ketika dalam pemanduan.

“Penggunaan penuras tiga dalam satu yang unik membolehka­n peranti ini mengekalka­n tahap prestasi industri yang tinggi dengan menyingkir­kan 99 peratus zarah bawaan udara sehingga saiz sekecil

0.015 mikron di dalam kenderaan,” katanya.

Jelasnya Luke, teknologi penurasan tiga dalam satu itu bertindak memerangka­p bahan cemar kasar seperti rambut dan debu. Kemudian, di peringkat kedua, ia menyingkir­kan zarah kecil dan asap.

“Paling menarik, satu daripada tiga sistem penurasan ini juga membantu mengurangk­an bau yang tidak menyenangk­an di dalam kenderaan, mengurangk­an kesan asap rokok dan ekzos, bahan pencemar kimia seperti formaldehi­d, toluena dan sebatian organik mudah meruap (VOC),” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemasaran Amway Malaysia Leong Kok Fong berkata, sistem rawatan udara berkenaan terbukti berkualiti dengan kadar penghantar­an udara bersih (CADR) berkelajua­n tinggi sesuai untuk semua jenis kereta termasuk sedan dan kenderaan utiliti sukan (SUV).

“Produk ini mendapat penarafan daripada British Alergy Foundation, sebuah pertubuhan amal yang bekerjasam­a dengan pengeluar di seluruh dunia dalam menguji dan mempromosi­kan produk atau alatan yang bermanfaat untuk pesakit yang mengalami alahan,” katanya.

Sistem Atmosphere Drive memberikan ketenangan minda kepada pengguna terutama untuk seisi keluarga apabila mengetahui mereka menghirup udara bersih di dalam kenderaan.

 ??  ?? PENGURUS Besar Amway Malaysia Mik e Duong (tengah) melancark an Atmosphere Drive . Turut hadir Luk e dan Leong (k anan).
PENGURUS Besar Amway Malaysia Mik e Duong (tengah) melancark an Atmosphere Drive . Turut hadir Luk e dan Leong (k anan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia