Harian Metro

Nasihat dulu secara berhemah

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Mengugut anak. Ramai antara ibu bapa hari ini menggunaka­n pendekatan sebegini dalam mendidik dan mendisipli­nkan anak, terutama jika mereka enggan mendengar nasihat atau mudah teruja dengan sesuatu.

Ada yang berpendapa­t tindakan mengugut keterlalua­n berikutan boleh merosakkan emosi dan pemikiran anak. Namun, jika dilihat dari sudut lebih luas, ada pendapat mengatakan tindakan mengugut masih boleh membantu mendisipli­nkan anak, asalkan ia dilakukan dengan cara yang betul.

Menurut penulis buku keibubapaa­n, Adlil Rajiah Mohd Nasir, mengugut boleh dikatakan sudah menjadi sebahagian daripada budaya mendidik anak dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Kebanyakan ibu bapa memilih cara itu dengan tujuan menakutnak­utkan anak. Namun, tanpa disedari, didikan sedemikian sebenarnya membawa lebih banyak kesan buruk pada masa akan datang.

“Secara peribadi, dalam situasi tertentu, kaedah ini mungkin perlu dan berkesan dalam mendidik anak. Contohnya, apabila anak enggan mengemas mainan selepas bermain, kita boleh cakap begini, ‘Dalam kiraan 10, kalau tidak kemas juga, mama akan simpan mainan ini di atas almari dan kamu tak boleh main selama dua hari’.

“Menurut kajian, kaedah ini dipanggil sebagai ‘ugutan munasabah’. Kita beri anak pilihan dan ruang untuk mereka berfikir mengenai natijah sikap yang dia tunjukkan.

“Namun, janganlah kita ugut dengan sesuatu yang kita sendiri tidak mampu lakukan. Contohnya, ‘Kalau tak kemas mainan ini, mama akan buang dalam tong sampah’. Padahal kita tidak pernah buang pun.

“Lama kelamaan, anak akan tahu itu sekadar penipuan untuk sekadar ‘menakut-nakutkan’. Ugutan sebegini bukan saja tidak berkesan, malah secara tidak langsung mengajar anak menipu. Justeru, tidak hairanlah bila anak besar, dia pula yang akan gunakan teknik yang sama untuk membuli adik-beradik atau kawankawan­nya,” katanya.

Jelas Rajiah, satu lagi kaedah ugutan yang tidak berkesan dalam mendidik anak-anak adalah penggunaan

‘ayat tergantung’. Jika diperhatik­an, golongan ibu memang suka menggunaka­n ayat yang satu ini, ‘Biar mainan itu bersepah, nanti ayah kamu balik...siaplah!’

Ramai juga ibu bapa suka mengugut anak dengan ayat sebegini, ‘Kemas mainan ini sekarang. Kalau tidak...’

“Ayat tergantung atau tidak lengkap sebegini tidak berkesan kerana gagal memberi anak gambaran jelas mengenai pilihan yang ada, sebelum mereka membuat sebarang keputusan.

“Andai tersilap langkah, ia akan membuat anak bertambah takut dengan kesan yang bakal diterima selepas itu. Sedangkan, untuk mendisipli­n anak, kita sepatutnya menjelaska­n anak mengenai situasi, bukan membuat mereka takut tanpa sebab,” katanya.

Mengugut anak boleh menjejaska­n

psikologi, ubah perilaku

mereka menjadi lebih

keras Ada juga kajian mengatakan anak ini akan menjadi seorang yang suka membuli dan mengugut rakan di sekolah serta mudah terbabit dalam masalah sosial atau jenayah pada masa depan

Melihat cara pemikiran anak zaman ini, teknik mengugut dalam mendidik mungkin boleh menjejaska­n aspek psikologi dan mengubah perilaku mereka menjadi lebih keras.

Kata Rajiah, beliau juga percaya ugutan hanya akan membuat anak lebih sukar untuk mendengar kata, berbanding cara lembut dan tenang.

“Lontaran suara ketika kita mengugut anak juga biasanya kasar dan kurang enak didengar. Sedangkan cara percakapan adalah kemahiran yang anak contohi dan warisi daripada kita. Mereka lihat, dengar dan ikut.

 ??  ?? USAH gunakan pendekatan mengugut.
USAH gunakan pendekatan mengugut.
 ??  ?? TERAPKAN nilai dan kata nasihat yang baik untuk anak.
TERAPKAN nilai dan kata nasihat yang baik untuk anak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia