Harian Metro

Mission Multigrain berbaloi untuk dicuba!

-

Wanita dan lelaki kini dilihat cenderung memilih hidangan sihat, bersih, menonjolka­n gaya pemakanan positif dan trendy. Mereka memilih hidangan snek mengandung­i bahan kaya nutrien dengan faedah kesihatan berbilang kali seperti oat, kacang soya dan bijan hitam.

Ada juga yang mengintai senarai kandungan snek untuk melihat jumlah serat, asid lemak, omega-3, vitamin dan mineral untuk memastikan hidangan diambil berpadanan dengan keperluan sebenar tubuh.

Jika tergolong dalam kalangan mereka, mungkin snek baru

Mission boleh diselit dalam senarai hidangan sihat anda. Snek Mission Multigrain dan Mision Corn & Rice adalah dua rasa baru yang unik untuk dicuba.

Snek rangup ini diperbuat sepenuhnya daripada jagung dan mempunyai 30 peratus kurang minyak berbanding kerepek kentang, bebas pewarna tiruan, perasa dan bahan pengawet. Ia sekali gus memberi anda alasan untuk mencapai bukan satu pek, bahkan dua serentak!

Mission Multigrain dihasilkan daripada jagung tumbuk dan diperkaya dengan oat, kacang soya, bijan putih serta biji rami yang menyerlahk­an rasa kekacang dan tekstur berbijirin.

Ia adalah pilihan snek tepat yang sihat dan boleh membantu mengawal tahap gula dalam darah serta mengeluark­an toksin daripada tubuh. Kandungan soya dalam snek ini membantu pencernaan, sekali gus menjadi sumber protin terbaik untuk tubuh.

Manakala Mission Corn & Rice pula sesuai untuk mereka yang mencari alternatif snek yang segar. Ia diperbuat dengan jagung tumbuk dan beras, memberikan­nya rasa ringan dan enak dinikmati tanpa rasa bersalah.

Keseimbang­an rasa kedua-dua pilihan ini menjadikan­nya sesuai dicelup dalam kuah pedas, berkrim atau ‘chunky’.

Pengurus Jenama Mission Food Asia Selatan, Randall Tan berkata, cip tortila keluaran syarikat itu sudah menjadi kegemaran ramai sejak dulu.

“Kita mahu terus menggembir­akan pengguna dengan memperkena­lkan dua lagi perisa baru Mission. Ia pasti menjadi pilihan sempurna untuk mereka yang mencari alternatif yang lebih sihat dalam menghidang­kan makanan ringan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia