Harian Metro

Sewa kereta untuk merompak

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Papar: Sewa kereta untuk merompak. Itu modus operandi digunakan empat suspek lelaki yang berjaya ditahan polis selepas cuba merompak sebuah rumah di Palm Beach Villa Kinarut, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, dua suspek dikatakan cuba memecah masuk sebuah rumah dengan mengumpil pintu hadapan.

Bagaimanap­un, perbuatan mereka itu disedari pemilik yang keluar daripada rumah dan mengejutka­n suspek sebelum penjenayah terbabit melarikan diri menaiki kereta Perodua Axia berwarna putih.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superinten­dan Ladamah Sulaiman berkata, mangsa segera melaporkan insiden berkenaan kepada pihak polis dan kejadian juga dapat dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, berpanduka­n rakaman CCTV dan maklumat awam, kereta berkenaan berjaya dikesan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA).

“Hasil pemeriksaa­n mendapati kereta yang digunakan suspek adalah kereta sewa dan siasatan kepada syarikat berkenaan berjaya memperoleh butiran suspek. “Empat suspek berusia 19 hingga 38 tahun itu berjaya ditahan di Kampung Contoh, Putatan, dekat sini,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan lanjut juga mendapati dua daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap semua suspek juga didapati positif dadah jenis methampeta­mine,” katanya.

 ??  ?? LADAMAH melihat kereta yang digunakan suspek dalam cubaan merompak sebuah rumah di Palm Beach Villa Kinarut.
LADAMAH melihat kereta yang digunakan suspek dalam cubaan merompak sebuah rumah di Palm Beach Villa Kinarut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia