Harian Metro

Infrastruk­tur terbaik

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

 Kompleks ICQS Tebedu tingkatkan perdaganga­n, pelanconga­n dan keselamata­n antara Malaysia, Indonesia

Beliau berkata, bagi merealisas­ikan hasrat itu, satu badan bertindak dipengerus­ikan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg akan ditubuhkan.

Menurutnya, badan bertindak itu akan meneliti keperluan pembinaan bangunan baru Kompleks ICQS Tebedu atau menambah baik infrastruk­tur sedia ada setanding dengan negara jiran.

“Dalam perbincang­an hari ini (semalam) juga, Timbalan Menteri Dalam Negeri (Datuk Nur Jazlan Mohamed) dilantik mengetuai jawatankua­sa teknikal dalam badan bertindak itu yang akan menilai keperluan bagi menambah baik kompleks berkenaan.

“Laporan daripada jawatankua­sa berkenaan akan diserahkan kepada badan bertindak untuk dimajukan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara,” katanya pada sidang media selepas Lawatan Kerja di Kompleks ICQS Tebedu di sini, semalam.

Sempena lawatan itu, selain diiringi Abang Johari dan Nur Jazlan, turut hadir Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem yang juga Ahli Parlimen Serian.

Dalam lawatan sama, Ahmad Zahid turut meluangkan masa meninjau Pos Lintas Batas Negara Entikong yang menempatka­n ICQS Indonesia.

Kompleks ICQS Tebedu yang bersempada­n dengan Entikong, Kalimantan Barat, Indonesia dibuka 28 tahun lalu menempatka­n 10 agensi penguatkua­saan seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkut­an Jalan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, laporan penambahba­ikan Kompleks ICQS Tebedu itu akan diserahkan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh 60 hari untuk penelitian bagi mendapatka­n kelulusan.

Katanya, menerusi perkongsia­n pintar, kerajaan negeri juga bersetuju membiayai 50 peratus daripada kos pembinaan bersama kerajaan Pusat.

 ??  ?? AHMAD Zahid (tengah) bersama Abang Johari (dua dari kanan) melawat Kompleks ICQS Tebedu, semalam.
AHMAD Zahid (tengah) bersama Abang Johari (dua dari kanan) melawat Kompleks ICQS Tebedu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia