Harian Metro

Lanjut reman suspek bunuh

-

Mahkamah Majistret di sini, semalam membenarka­n tempoh tahanan reman seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan ahli kumpulan kongsi gelap di stesen minyak Taman Pelangi di sini pada 17 Disember lalu, disambung hingga 4 Januari depan.

Majistret Mohd Azlan

Shah Mohd Allias membenarka­n sambungan tempoh reman selama tujuh hari itu bermula hari ini selepas menerima permohonan pegawai penyiasat kes bagi membolehka­n siasatan lanjut dibuat terhadap suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek berusia 22 tahun itu antara tujuh individu ditahan di Singapura pada 20 Disember lalu, sebelum mereka direman seminggu berakhir semalam.

Bagaimanap­un, enam yang lain serta seorang lagi suspek yang ditahan di Johor Bahru pada 21 Disember lalu dan direman bersama-sama sehingga semalam, dibebaskan.

Difahamkan, suspek yang disambung reman itu disyaki adalah individu yang mempunyai maklumat mengenai suspek utama berikutan ada keterangan saksi yang menunjukka­n dia bertemu dengan suspek utama kes pembunuhan itu sebelum kejadian berlaku.

Semua suspek yang ditahan disyaki adalah ahli kumpulan kongsi gelap yang sama.

Kelmarin, dua suspek lain yang berusia 19 dan 22 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan sebelum ini disambung reman enam hari bermula semalam hingga 2 Januari depan.

Manakala, empat lagi suspek yang ditahan reman bersama-sama mereka, dibebaskan.

Tangkapan ke-15 iaitu seorang lelaki masih ditahan reman hingga esok.

 ??  ?? SUSPEK dibawa keluar selepas mendapatka­n tempoh tahanan reman.
SUSPEK dibawa keluar selepas mendapatka­n tempoh tahanan reman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia