Harian Metro

UBAT TERDESAK

 Pesakit barah jadi parah selepas mencuba rawatan alternatif

- Nur Lela Zulkipli dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

> Apabila berdepan soal hidup dan mati, pesakit barah sanggup mencuba apa saja untuk pulih. Ahmad Solihin Mohamed, 26, umpamanya membelanja­kan RM50,000 membeli makanan tambahan bagi merawat kanser peti suara. Namun keadaannya bertambah parah sehingga suaranya hilang namun kesalannya terlambat, lapor Nur Lela Zulkipli dan Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur

Dia sanggup berhabis hampir RM50,000 membeli makanan tambahan bagi mengubati kanser peti suara yang dialami sejak 2015.

Namun keadaan kesihatann­ya bertambah buruk apabila produk didakwa mampu merawat kanser itu menyebabka­n dia berdepan dengan risiko lebih besar termasuk kematian.

Pesakit, Ahmad Solihin Mohamed, 26, berkata, gaya hidupnya yang sebelum ini aktif dan ceria bertukar apabila doktor mengesahka­n terdapat ketumbuhan di sekitar leher.

Menurutnya, diagnosis yang dijalankan mengesan terdapat sel kanser peti suara yang bersangkut paut dengan salur pemakanan.

“Sukar untuk saya terima kenyataan bahawa saya menghidap kanser peti suara pada usia muda dan baru mendirikan rumah tangga.

“Selain rawatan di hospital, saya turut mencuba kaedah alternatif lain seperti makanan tambahan dipasarkan sebuah syarikat yang mendakwa ia mampu mematikan sel kanser.

“Seorang jurujual di sebuah pusat beli-belah memperkena­lkan saya produk makanan tambahan yang kononnya dijamin boleh membunuh sel kanser jika diamalkan dalam kuantiti yang banyak,” katanya.

Ahmad Solihin berkata, keadaan kesihatann­ya semakin merosot walaupun dia terus dipujuk mengambil produk itu.

“Produk berkenaan dijual pada harga RM180 sehingga RM200 sekotak. Saya membelanja­kan hampir RM50,000 untuk membeli produk itu selama lebih setahun.

“Sekiranya saya gagal mendapatka­n stok baru, mentor akan menakutkan-nakutkan saya dengan kesan kanser lebih buruk,” katanya.

Dia akhirnya putus asa dan mengambil keputusan untuk berhenti namun keadaan menjadi lebih teruk apabila suaranya hilang.

“Saya menjadi panik mengapa tidak boleh bercakap seperti biasa sebelum doktor mengesahka­n makanan tambahan yang saya amalkan adalah punca utama.

“Terdapat bahan yang menggalakk­an sel kanser dalam makanan tambahan yang saya amalkan dan doktor sendiri menunjukka­n bagaimana peningkata­n sel kanser itu berlaku dalam tubuh saya,” katanya.

Ketika itu barulah dia sedar ditipu pihak yang mahu mengaut keuntungan mudah.

“Malah, ramai lagi pesakit kanser lain turut menjadi mangsa dan gagal sembuh.

“Saya menyesal menolak rawatan kemoterapi ditawarkan hospital bagi membunuh sel kanser gara-gara terpengaru­h dengan testimoni pengguna makanan tambahan berkenaan,” katanya.

Ahmad Solihin kini bukan saja bergantung seumur hidup dengan alat bantuan pernafasan, malah gagal melakukan aktiviti sukan yang diminatiny­a iaitu bola sepak dan kerja lasak lain.

“Produk berkenaan dijual pada harga RM180 sehingga RM200 sekotak. Saya membelanja­kan hampir RM50,000 untuk membeli produk itu selama lebih setahun.

Ahmad Solihin

 ??  ?? Pesakit barahjadi parahcuba ‘rawatan
alternatif’
Pesakit barahjadi parahcuba ‘rawatan alternatif’
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia