Harian Metro

KAMPUNG BARU BERASAP

15 rumah musnah dalam kebakaran

- Nabihah Kamal dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Mangsa kebakaran yang memusnahka­n 15 rumah di Lorong Raja Muda Musa Enam, Kampung Baru di sini, semalam akan tinggal sementara waktu di dewan berhampira­n.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, penempatan mangsa di dewan terbabit adalah langkah sementara sebelum Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediaka­n rumah sementara bagi semua mangsa kebakaran itu.

“Kami mohon kepada DBKL untuk memberikan rumah sementara kepada mangsa sehingga rumah mereka dibaiki sepenuhnya,” katanya ketika melawat lokasi kejadian, semalam.

Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, kedudukan rumah yang rapat menyebabka­n api merebak dengan cepat.

“Saya puji kepantasan anggota bomba yang cepat memadamkan kebakaran kerana jika tidak, pasti lebih banyak rumah yang terbakar.

“Orang ramai dinasihati supaya tidak membuat penyambung­an elektrik sendiri tanpa tauliah kerana boleh mengakibat­kan litar pintas kerana berdasarka­n maklumat awal, kebakaran dipercayai akibat litar pintas, namun bomba masih menyiasat punca sebenar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Khiruddin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 9.39 pagi.

“Seramai 47 anggota bomba dan enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, BBP Jalan Tun Razak, BBP Hang Tuah, BBP Keramat, BBP Bandar Tun Razak dan BBP Wangsa Maju dikerah ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami dapati api sedang marak dan kami berdepan kesukaran untuk memadamkan kebakaran akibat tekanan air rendah,” katanya.

Khiruddin berkata, pihaknya dapat mengawal sepenuhnya kebakaran jam 11.14 pagi.

“Kebakaran membabitka­n 15 rumah yang musnah 100 peratus. Bagaimanap­un, tiada mangsa yang cedera,” katanya.

“Kami mohon kepada DBKL untuk memberikan rumah sementara kepada mangsa sehingga rumah mereka dibaiki sepenuhnya

Johari

 ??  ?? MANGSA memancutka­n air untuk memadamkan api.
ANTARA barangan rumah yang berjaya diselamatk­an.
MANGSA melihat barangan dapur yang terjejas dalam kebakaran. PENDUDUK membantu anggota bomba memegang hos air.
MANGSA memancutka­n air untuk memadamkan api. ANTARA barangan rumah yang berjaya diselamatk­an. MANGSA melihat barangan dapur yang terjejas dalam kebakaran. PENDUDUK membantu anggota bomba memegang hos air.
 ??  ?? KEADAAN rumah yang hangus dalam kebakaran di Lorong Raja Muda Musa Enam, Kampung Baru, semalam.
KEADAAN rumah yang hangus dalam kebakaran di Lorong Raja Muda Musa Enam, Kampung Baru, semalam.
 ?? FOTO: HAFIZ SOHAIMI ??
FOTO: HAFIZ SOHAIMI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia