Harian Metro

Mujur dengar jeritan jiran

-

Kuala Lumpur: “Jeritan jiran yang meminta tolong menyebabka­n saya terjaga daripada tidur sebelum menyedari beberapa rumah jiran terbakar,” kata Syawal, 20, saksi kejadian kebakaran di Lorong Raja Muda Musa Enam,

Kampung Baru di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi, 15 rumah rentung dan kebakaran dipercayai berlaku akibat litar pintas.

Menurut Syawal, dia terdengar jeritan jirannya yang meminta tolong jam 8.30 pagi.

“Saya terus mengambil pemadam api kerana menyangka api kecil dan boleh dipadamkan.

“Bagaimanap­un, apabila disembur, api semakin marak. Jiran lain kemudianny­a menghubung­i bomba,” katanya.

Sementara itu, pemilik rumah yang terbakar, Jantan Razak, 70, berkata, dia memaklumka­n menerima panggilan mengenai kejadian jam 8.30 pagi sebelum bergegas ke lokasi dari rumahnya di Kampung Batu Muda, di sini.

“Sebaik tiba, saya dapati rumah sudah musnah terbakar. Namun saya bersyukur kerana tiga lelaki yang menyewa rumah tiada di kediaman ketika kejadian kerana keluar bekerja.

“Saya agak terkilan kerana rumah warisan peninggala­n keluarga yang dianggarka­n sudah berusia kira-kira 80 tahun ini musnah namun reda dengan kejadian,” katanya.

Saya agak terkilan kerana rumah warisan peninggala­n keluarga yang dianggarka­n sudah berusia kira-kira 80 tahun ini musnah namun reda dengan kejadian”

Jantan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia