Harian Metro

PESAN IBU DAN REZEKI HALAL

 Kakitangan hotel pulangkan RM20,000 ditemui ketika bertugas

- Hamzah Osman am@hmetro.com.my

Saya tidak membuka sampul kerana ia bukan milik saya dan tiada hak untuk melihat kandungan atau membilang jumlah wang di dalamnya”

Siti Nuraminira Abd Rahman

“Saya teringat pesan ibu...kalau nak bekerja lama di sesuatu tempat kena ikhlas dan cari rezeki secara halal serta jangan ambil hak orang.”

Itu kata kakitangan Hotel Adya Langkawi (HAL), Siti Nuraminira Abd Rahman, 33, yang bersikap jujur apabila segera menghubung­i penyeliany­a apabila menjumpai wang tunai dalam dolar Amerika Syarikat sebanyak AS$5,000 (RM20,000) ketika bertugas di hotel itu petang kelmarin.

Difahamkan, wang itu milik warga Pakistan, Muhammad Musa Karwan yang menginap bersama keluargany­a selama tiga hari dua malam di hotel itu dan sudah pulang ke negara asalnya.

Menurut Siti Nuraminira, dalam kejadian jam 2.30 petang, dia tidak membuka sampul putih yang ditemui dalam lipatan kain yang digunakan untuk melitupi katil bayi yang diletakkan rakannya berhampira­n lif.

“Saya staf bahagian pengemasan bilik dan tugas saya mengutip linen kotor yang digunakan dan diletakkan rakan di laluan koridor serta hadapan lif untuk dihantar ke dobi.

“Kebetulan ketika sibuk bekerja saya terpandang satu sampul putih bersaiz kecil dan mengandung­i sejumlah wang dalam keadaan tersorok bawah lipatan kain atas katil bayi,” katanya ketika ditemui di HAL di sini, semalam.

Mengaku panik dan gementar selepas terpandang wang dalam sampul itu, Siti Nuraminira berkata, dia segera turun ke lobi dan menyerahka­n kepada penyeliany­a, Zaleha Zainordin.

“Saya tidak membuka sampul itu kerana ia bukan milik saya dan tiada hak untuk melihat kandungan atau membilang jumlah wang di dalamnya sebelum dimaklumka­n wang itu dipercayai dimiliki keluarga warga Pakistan,” katanya.

Siti Nuraminira yang hamil tujuh bulan anak sulung berkata, kes menemui wang bukan yang pertama dialaminya kerana sepanjang kerjaya di hotel termasuk di Kuala Lumpur, dia beberapa kali menemui barang berharga selain wang RM1,000 dua tahun lalu.

Sementara itu, Pengerusi PKB Hotel Management & Service Sdn Bhd Nor Saidi Nanyan berkata, pihak HAL sudah menghubung­i warga Pakistan itu mengenai penemuan wangnya.

“Apabila dimaklumka­n, pelanggan berkenaan terkejut kerana menganggap duit itu sudah hilang dan dia minta wang itu dimasukkan kembali ke akaun bank miliknya dalam tempoh terdekat.

“Kes seperti ini bukanlah yang pertama di hotel ini kerana tahun lalu ada kakitangan menjumpai RM30,000 milik pelancong dari China yang hanya menyedari kehilangan wang ketika mahu menaiki kapal terbang untuk pulang,” katanya.

Nor Saidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah berkata, sikap terpuji yang dipamerkan Siti Nuraminira itu hasil keikhlasan, amanah dan berdedikas­i ketika bertugas yang sentiasa dipupuk pihak pengurusan sejak HAL beroperasi dua tahun lalu.

 ??  ?? SITI Nuraminira (kiri) menunjukka­n wang kertas AS$5,000 yang ditemui kepada Nor Saidi (tengah).
SITI Nuraminira (kiri) menunjukka­n wang kertas AS$5,000 yang ditemui kepada Nor Saidi (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia