Harian Metro

Yakin album dijual 10,000 unit JAGA RAPI HATI IBU

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Melihatkan sambutan memberangs­angkan terhadap album terbaru mereka iaitu Katharsis, kumpulan Search yakin ia dapat mencapai jualan melebihi 10,000 unit.

Album terbitan Datuk M Nasir yang dipasarkan sejak 22 November lalu berjaya dijual 4,000 unit selepas seminggu.

Pencapaian itu dianggap bagus ketika sekarang menyaksika­n peminat lebih suka membeli lagu secara digital.

Penyanyiny­a, Amy, 59, berkata, idea yang disuntik menerusi lagu yang menarik, cetakan album dalam empat warna CD, empat reka bentuk dan

berbeza antara faktor peminat setia membeli album mereka.

“Kami sangat bersyukur kerana peminat ternyata tertunggu-tunggu untuk memiliki album ini selepas 11 tahun Search tidak menghasilk­an album.

“Daripada tinjauan dibuat, peminat menyukai variasi lagu dimuatkan,” katanya.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif album ini, Datuk Zaharul Annuar yang juga Presiden Pawana Music berkata, syarikatny­a menambah cetakan album ini 2,000 unit, baru-baru ini dan semuanya diambil pengedar.

Penyanyi Wany Hasrita, 25, meminta dan berharap peminat tidak terus mengaitkan dirinya menjalin cinta dengan penyanyi remaja, Tajul

Arif, 19.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwan­y Hasrita Hasbullah berkata, ia demi menjaga hati ibunya, Norita Jaafar, 46, serta imejnya sebagai gadis berhijab.

“Saya menghormat­i perasaan ibu dan tidak mahu hatinya terus terguris dengan gosip cinta mengaitkan saya dan Tajul.

“Ditambah, saya anak tunggal dan tampil dengan imej bertudung.

“Jadi, memang kurang manis pada permulaan karier seni saya yang masih hijau ini apabila dipalit gosip cinta,” katanya.

Menurut Wany, hubungan baik dengan Tajul atas dasar

 Wany minta peminat henti gosip bercinta dengan Tajul Arif

persahabat­an dan profesiona­l dalam bekerja.

“Kami memang tidak bercinta pun. Tetapi, banyak pula gosip cinta kami yang timbul. Ia membuatkan saya tidak selesa.

“Saya mahu fokus pada karier kerana langkah baru bermula. Perjalanan saya masih jauh. Malah, sebelum mahu bercinta, saya harus lebih dulu kukuhkan nama dan buktikan bakat diri. Itu paling utama,” katanya.

Wany yang popular dengan lagu Menahan Rindu dan terbaru, Rintihan Rindu berkata, dia sangat berterima kasih kepada peminatnya.

Gosip cinta Wany dan Tajul yang juga adik bongsu Allahyarha­m Achik Spin menjadi perhatian peminat selepas mereka muncul dengan single duet Di Sana Cinta

Di Sini Rindu.

 ??  ?? WANY
WANY
 ??  ??
 ??  ?? KHATY
KHATY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia