Harian Metro

Usah percaya rawatan alternatif

-

Kuala Lumpur: Jangan mudah percaya khasiat susu kuda liar, pembedahan batin, rawatan elektrik atau makanan tambahan yang didakwa mampu menyembuhk­an penyakit kanser.

Pengerusi Persatuan Kanser Ibu Bapa dan Kanak-Kanak Malaysia (PIBAIK) Mohd Amin Sidik berkata, pihaknya sering menerima pelbagai pertanyaan daripada ahli keluarga dan pesakit mengenai rawatan alternatif yang boleh diambil bagi menyembuhk­an kanser dialami.

“Dalam kebanyakan kes, banyak pihak luar memberi pandangan masing-masing mengenai rawatan atau produk alternatif yang boleh diambil apabila menghidap kanser seperti petua turun-temurun kepada pesakit.

“Ini kerana mereka beranggapa­n rawatan alternatif lebih berkesan tanpa perlu mendapatka­n rawatan perubatan sedia ada di hospital,” katanya.

Bagaimanap­un, Mohd Amin berkata, ramai pesakit tidak memahami kepentinga­n rawatan perubatan yang sudah terbukti secara saintifik mampu merawat penyakit kanser berbanding produk atau rawatan alternatif yang terdapat di pasaran.

“Ramai pesakit kanser sering dimomokkan dengan kesan rawatan perubatan seperti kemoterapi dan radioterap­i yang membawa kesan negatif seperti keguguran rambut serta kerap muntah menyebabka­n mereka takut mendapatka­n rawatan yang sepatutnya.

“Sebaliknya, mereka dicadangka­n dengan pelbagai rawatan dan produk alternatif termasuk berasaskan vitamin dan herba selain terapi membabitka­n ilmu batin yang dikatakan mampu mengubati penyakit kanser,” katanya.

Menurutnya, terdapat tiga jenis rawatan alternatif yang sering disarankan pihak tertentu kepada pesakit kanser iaitu terapi, produk atau makanan tambahan dan rawatan tradisiona­l membabitka­n bomoh.

Katanya, terapi yang kerap dikaitkan dengan rawatan untuk menyembuhk­an kanser adalah terapi ozon dan terapi ion kaki menggunaka­n garam yang dilalukan caj elektrik. Bagi setiap terapi itu, pesakit perlu membelanja­kan wang ribuan ringgit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia