Harian Metro

Ozon cuci darah konon

-

Kuala Lumpur: Menyesal tak sudah. Itu perasaan seorang wanita, Juliana Hassan, 27, yang kerugian beribu ringgit selepas menjalani rawatan terapi ozon bagi menyembuhk­an kanser darah dialami. Menurutnya, dia terjebak dengan promosi dilakukan selepas pihak pusat rawatan menjanjika­n kesan pemulihan kanser secara optimum melalui kaedah mencuci darah.

Namun, kesan dialami sebaliknya apabila kesihatann­ya semakin merosot.

Juliana berkata, dia dikesan menghidap penyakit itu pada usia 15 tahun dan bergantung dengan ubat hospital.

“Bagaimanap­un, saya tertarik untuk mencuba rawatan alternatif bagi membuang sepenuhnya sel kanser.

“Sepanjang menjalani rawatan di hospital sebelum ini, kesihatan saya dalam keadaan terkawal biarpun masih terdapat sel kanser aktif.

“Saya tertarik dengan jaminan pusat rawatan alternatif itu kononnya mampu merawat kanser dan pelbagai penyakit kronik lain dengan cara mencuci darah dan membuang toksin dalam badan,” katanya.

Dia bagaimanap­un terkejut apabila kanser darah dialami menyerang kembali serta merebak ke organ lain selepas 10 kali menjalani terapi ozon itu.

“Saya sangat menyesal dengan tindakan bodoh kerana mudah percaya rawatan alternatif itu yang tidak disarankan oleh doktor.

“Terapi ozon yang kononnya mampu mencuci darah pelanggan hanyalah penipuan semata-mata. Kini, saya perlu lalui semula rawatan kemoterapi untuk merawat kanser,” katanya.

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini memaklumka­n terapi berkenaan mendedahka­n pengguna kepada risiko penyebaran jangkitan berpunca penggunaan heparin, embolism (penyekatan salur darah oleh gelembung udara) dan jangkitan kuman akibat peralatan tidak disteril.

Lebih membahayak­an, terapi itu turut berisiko menyebabka­n pelanggan kehilangan upaya kekal berpunca daripada kegagalan organ seperti buah pinggang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia