Harian Metro

Pasangan kekasih ganas samun kedai 24 jam

-

Bukit Mertajam: Pasangan kekasih yang bersenjata­kan parang dan pisau melarikan 16 kotak rokok pelbagai jenama dan wang tunai RM74.75 dalam kejadian samun di kedai serbaneka 24 jam dekat Taman Inderawasi­h di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, dua suspek yang memakai topi keledar bervisor gelap bertindak masuk ke premis berkenaan dengan mengacukan senjata ke arah dua pekerja kedai sebelum melarikan sejumlah rokok dan wang tunai.

Tindakan terkutuk dua suspek itu kemudian tular di media sosial sehingga menjadi bualan netizen.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, dalam kejadian itu, dua suspek itu masuk ke dalam kaunter pembayaran dan memaksa pekerja kedai membuka mesin wang.

“Bimbang

dicederaka­n suspek yang mengacukan senjata, pekerja berkenaan menuruti kata-kata dua suspek itu.

“Suspek melarikan 16 kotak rokok pelbagai jenama bernilai RM260 dan wang tunai RM74.75,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Jelasnya, melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek terus beredar keluar dari premis dan identitiny­a tidak dapat dikenal pasti memandangk­an memakai topi keledar bervisor gelap.

“Pemeriksaa­n CCTV juga tidak menemui kenderaan yang dinaiki suspek namun siasatan lanjut bagi memburu kedua-dua suspek itu giat dijalankan,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian itu apabila pekerja tidak berani melawan

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397, Kanun Keseksaan.

 ??  ?? RAKAMAN CCTV menunjukka­n suspek bersenjata­kan parang melakukan jenayah samun di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Inderawasi­h, Butterwort­h.
RAKAMAN CCTV menunjukka­n suspek bersenjata­kan parang melakukan jenayah samun di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Inderawasi­h, Butterwort­h.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia