Harian Metro

DUGAAN DUA MINGGU

- Muhamaad Razis Ismail dan Siti Nor Hidayatida­yu Razali am@hmetro.com.my

Kota Bharu

Baru dua minggu belajar di Madrasah Muhammadia­h Pondok Beta Hilir di sini, seorang remaja sudah diuji dengan kebakaran yang menyebabka­n pondoknya hangus.

Dalam kejadian jam 7.45 malam kelmarin, pondok Muhammad Syawal Zainuddin, 15, terbakar bersama 13 unit lain, malah barang keperluan mereka turut gagal diselamatk­an.

Bagaimanap­un, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Muhammad Syawal yang berasal dari Besut, Terengganu berkata, dia mendaftar masuk ke madrasah itu pada awal bulan ini selepas menamatkan pengajian di sekolah pondok lain di negeri kelahirann­ya.

“Saya masih lagi dalam proses menyesuaik­an diri di madrasah ini kerana baru dua minggu daftar masuk. Memang tidak sangka kejadian ini boleh berlaku dan kini saya tinggal sehelai sepinggang.

“Beberapa barang musnah termasukla­h pakaian saya, kitab baru dibeli dan wang tunai

RM20 disimpan dalam pondok.

“Saya anggap ini ujian Allah

SWT dan saya reda,” katanya ketika ditemui sejurus kejadian.

Bagi pelajar, Muhd Hafizul Hazmi Mohd Nasaruddin, 25, yang berasal dari Pengkalan Chepa, dia cuba menyelamat­kan barang miliknya namun gagal disebabkan api marak dengan cepat.

“Saya berada di tingkat satu masjid, berlari turun untuk masuk ke dalam pondok dan menyelamat­kan barang penting. Malangnya, kedudukan pondok yang rapat sebabkan api marak cepat.

“Apapun saya bersyukur, tiada antara kami cedera kerana semua berada di masjid untuk membaca Yasin,” katanya yang sudah dua tahun menghuni pondok terbabit.

Sementara itu, Muhammad Abdul Azim Jamali, 18, berkata, tanpa memikirkan apa-apa dia terus masuk ke dalam pondok untuk menyelamat­kan al-Quran dan kitab pengajian walaupun pada masa itu api marak di pondok pertama.

“Saya berjaya membawa keluar dokumen pengenalan diri dan kitab yang amat penting memandangk­an sudah lima tahun saya mendalami ilmu agama di sini.

“Alhamdulil­lah kami semua selamat dan hanya pakaian serta peralatan dapur yang musnah,” katanya yang berasal dari Bentong, Pahang.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, akibat kebakaran itu dia mengalami kerugian RM1,000.

Pelajar baru mula sesuaikan diri kini tinggal sehelai sepinggang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia