Harian Metro

Litar pintas cetus kebakaran

-

dalam pondok.

Katanya, buat masa ini, semua pelajar lelaki berusia 13 hingga 60 tahun ditempatka­n di bilik asrama di bangunan tingkat tiga madrasah berkenaan.

“Bilik asrama itu masih kosong dan boleh memuatkan sehingga 30 pelajar, jadi kita tempatkan mereka di situ untuk sementara waktu.

“Alhamdulil­lah, semua pelajar selamat dan selepas ini kita akan pastikan keselamata­n penghuni kami berjumlah 190 orang iaitu 110 pelajar lelaki, 45 pelajar perempuan dan 35 warga emas terjamin.

“Langkah berikutnya akan diambil supaya kejadian tidak berulang memandangk­an pondok sudah berusia lebih 30 tahun sejak mula dibuka pada 1980. Tidak dinafikan ada pendawaian lama,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau memberitah­u, kebakaran itu pertama kali berlaku di Madrasah berkenaan dan dijadikan iktibar pengurusan supaya ia tidak berulang lagi.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menyumbang ke akaun Bank Muamalat 0301000236­4711 atau Bank Simpanan Nasional 0355042000­016161 atas nama Madrasah Muhammadia­h Pondok Beta Hilir.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Penyiasata­n Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Ismail Idris berkata, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan dan enggan membuat spekulasi awal.

“Tunggu sehingga siasatan selesai, kita akan kemukakan punca sebenar. Tidak mahu buat andaian awal,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan, kebakaran meranapkan 14 pondok di madrasah itu. Ketika kejadian, semua pelajar berada di masjid terletak berdekatan untuk bacaan Yasin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia