Harian Metro

Kerajaan wajibkan perolehan dibuat sepenuhnya dalam talian

-

Semua perolehan kerajaan bagi bekalan dan perkhidmat­an bukan perunding akan dilaksanak­an sepenuhnya secara dalam talian menerusi sistem ePerolehan yang baru mulai 1 Januari ini.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, melalui sistem baru ePerolehan itu, kerajaan mewajibkan semua perolehan bekalan dan perkhidmat­an kerajaan dibuat sepenuhnya secara dalam talian.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menggunaka­n sistem sama bagi mengendali­kan perolehan pembanguna­n dan perbelanja­an bajet yang kini diuruskan Kementeria­n Kerja Raya.

“ePerolehan itu penting bagi mengawal dan memantau terhadap segala aspek pembelian yang dilakukan kerajaan di Kementeria­n Kewangan.

“Dengan adanya ePerolehan ini, kita boleh kumpul data besar daripada pembekal dan ia akan digunakan bagi membentuk polisi atau dasar pada masa depan sekali gus memastikan kecekapan dalam mengendali­kan ePerolehan,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan majlis pelancaran ePerolehan baru, semalam.

Katanya, ciri penambahba­ikan yang terdapat pada sistem baru itu dapat membantu usaha pelaksanaa­n Bajet 2018 dengan lebih baik dan menyeluruh sejajar dengan prinsip pengurusan perolehan kerajaan seperti pengurusan kewangan yang telus, pulangan nilai faedah terbaik dan amalan saingan terbuka serta adil dan saksama.

(big data) (big data)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia