Harian Metro

GURU HANYA PEMBANTU

-

jika ditonjolka­n berulang kali ketika anak melakukan kesilapan, mereka akan belajar akhlak memaafkan orang lain dan tahu meminta maaf.

Sebaliknya, jika setiap kesalahan mereka hadapi dengan marah-marah dan rotan, lihatlah kesannya kepada keperibadi­an mereka.

Realitinya, manusia lebih percaya apa yang mereka lihat berbanding apa yang mereka dengar. Sudah tentu kita tidak mahu melahirkan generasi yang ganas, kasar, mudah marah dan suka memukul orang.

Hukuman adalah kaedah paling akhir, bukannya pilihan segera. Itupun ada hadnya bukan menghukum sesuka hati.

Semuanya ada panduan dalam Islam termasuk usia kanak-kanak yang boleh dipukul, bentuk kesalahan, bentuk pukulan, anggota badan yang boleh dipukul dan bilangan pukulan.

Walaupun hukuman berkesan menjadi pendidikan, tujuannya bukan untuk mencederak­an emosi dan fizikal.

Memberi pendidikan al-Quran adalah tanggungja­wab ibu bapa. Guru hanya pembantu. Ibu bapa akan ditanya kelak berkaitan amanah itu.

Secara psikologi, kaedah memberi ganjaran sangat bagus sama ada untuk diri sendiri atau orang lain. Ganjaran boleh berbentuk baju baru, beg baru dan sebagainya.

Ganjaran juga tidak semestinya berbentuk material. Ganjaran dengan cara pergi ke tempat menarik pun bagus juga.

Secara teorinya, fikiran bawah sedar tanpa disedari cenderung kepada hal yang mengandung­i kesenangan dan kenikmatan serta menjauhkan diri daripada hal yang menyakitka­n.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka disebabkan rahmat Allahlah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekeliling­mu.” (Surah ali-Imran, ayat 159)

Contohnya, dalam mengajar al-Quran, ada sebahagian pendidik menggunaka­n pukulan terhadap anak didik ketika menyuruh mereka menghafal.

Selain itu, ada juga menggunaka­n bentakan dan teriakan. Pendidik itu merasakan hal sebegitu dapat memberi manfaat, padahal ia menanam kepedihan serta rasa sakit pada fikiran bawah sedar anak-anak mengenai menghafal al-Quran.

Mungkin mereka mahu menghafal hanya untuk menghindar­i pukulan atau hukuman. Namun selang beberapa waktu, mereka akan meninggalk­an hafalan itu terutama ketika dewasa.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggika­n suaranya (membentak), baik kepada isteri-isteri ataupun anak-anaknya.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Janganlah kalian memandang remeh sesuatu yang baik walaupun hanya dengan bermuka manis ketika bertemu saudaramu.” (Riwayat Muslim, Ahmad dan Tirmidzi)

Sampaikan kepada mereka gambaran pahala yang besar dalam menghafal al-Quran serta memotivasi­kan mereka dengan memberikan penghargaa­n berupa material dan pujian.

Anak-anak pun sudah boleh memahami hal itu pada usia kecil. Usah labelkan diri mereka dengan kata-kata yang pedih.

Pesan Nabi SAW: “Barang siapa beriman kepada

Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam.” (Muttafaqun a’laih)

Waktu paling bagus untuk seisi keluarga duduk bersama dan menghafal al-Quran adalah waktu pagi, sebelum dan selepas Subuh, kedua-duanya bagus.

Pelbagai kajian ingatan (memori) menunjukka­n pada waktu itu daya tangkap pemikiran seseorang sangat kuat. Dalam satu doa yang masyhur disebutkan, “Ya Allah, berkatilah umatku pada pagi harinya.” (Riwayat al-Tirmidzi,

Abu Dawud dan Ahmad)

Namun menghafal kurang berkesan selepas makan, selepas bekerja dan lewat malam. Selepas makan, seluruh organ tubuh sedang fokus mencerna makanan.

Begitu juga selepas

Ibu bapa bertanggun­gjawab sepenuhnya ke atas anak mereka

bekerja kerana dalam sehari kita menghabisk­an lapan jam untuk bekerja. Sudah tentu badan berasa letih dan anggaplah itu masa berkualiti bersama keluarga.

Kemudian hafalan kurang berkesan ketika dilakukan pada lewat malam. Tidurlah lebih awal kerana ia sangat mempengaru­hi terhadap pembaharua­n sel dan pengeluara­n racun (detoksifik­asi) dari dalam tubuh.

Tidur lebih awal juga dapat mencegah penuaan diri. Hafalan boleh dilakukan sebelum tidur sesaat (qailulah) iaitu tidur sebentar tidak lebih dari 30 minit.

Penulis pendakwah dan penulis buku

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia