Harian Metro

Hikmah dituntut sujud sahwi

-

melakukan sujud sahwi kerana kekurangan dan kecacatan yang berlaku dalam ibadat haji adalah perkara wajib.

Ia tidak dapat ditampung dengan sujud sahwi kerana sujud sahwi hanya mampu menampung kekurangan yang sunat saja. (Petikan daripada Hasyiah Zaiyadi)

2. Seseorang yang solat memindahka­n rukun qauli (lisan) seperti bacaan al-Fatihah atau bacaan tasyahud akhir kepada bukan tempatnya, adakah dia dituntut melakukan sujud sahwi atau tidak?

Ia disunatkan dan dikehendak­i supaya melakukan sujud sahwi dengan syarat selama ia beranggapa­n keduaduany­a itu adalah rukun bagi solat.

Namun sekiranya berlaku perubahan rukun qauli seperti membaca tasyahud awal ketika berdiri dan membaca al-Fatihah ketika duduk bagi tasyahud akhir sehingga menyebabka­n luput serta hilangnya rukun tertib susunannya selain dilakukan dengan sengaja, maka batal solatnya.

3. Antara perkara sunat ab’ad ialah membaca qunut, tetapi jika terpaksa meninggalk­an qunut kerana mengikuti imam yang bermazhab Hanafi atau ia membaca qunut ketika imamnya tidak membacanya, apakah hukumnya dan adakah ia juga dikehendak­i supaya sujud sahwi?

Bagi dua masalah itu, dibolehkan dan disunatkan supaya melakukan sujud sahwi jika imamnya tidak membaca qunut.

Tetapi jika sekiranya imam membaca qunut (dan dia hanya mengaminka­nnya saja) maka tidak ada lagi baginya sujud sahwi walaupun dia tidak mengiktika­dkan bacaan itu sebagai perbuatan sunat. (Petikan daripada Hasyiah Zaiyadi)

4. Jika seseorang terlupa membaca tasyahud awal dan terus bangun untuk rakaat ketiga, belum sempat berdiri betul dia sedar lalu segera duduk semula untuk membaca tasyahud awal, adakah dia disunatkan sujud sahwi?

Mengikut pendapat yang muktamad, ia disunatkan supaya melakukan sujud sahwi walaupun pada anggapan dan kepercayaa­nnya tidak ada sujud sahwi sekalipun, disunatkan juga sujud sahwi.

Perlu diingat, orang yang terlupa duduk untuk membaca tasyahud awal dan terus bangun untuk rakaat ketiga, jika bangunnya itu sudah melebihi had rukuk dan hampir menyamai berdiri, maka tidak boleh lagi duduk semula.

Jika dia duduk semula dalam keadaan dia sedar lagi sengaja maka batal solatnya Melainkan berlaku secara tidak sengaja.

Namun sekiranya bangun itu belum sampai kepada had rukuk, maka ia boleh duduk semula.

Sumber: Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa'il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia