Harian Metro

MENTAL TAK SIHAT

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

Juruwang kafe internet dilepas mahkamah atas dakwaan bunuh

Juruwang kafe internet dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi di sini, semalam atas pertuduhan membunuh seorang lelaki, lima tahun lalu kerana disahkan mengalami masalah mental.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman turut memerintah­kan tertuduh Yip Chun Hoong, 33, dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak bagi menjalani rawatan.

Di dalam penghakima­nnya, Abdul Halim berkata, pihak pembelaan berjaya menimbulka­n keraguan munasabah bagi menyangkal kesahihan kes berkenaan.

“Tertuduh tidak bersalah, disebabkan ketidakwar­asan mental dan tidak memahami akibat dari perbuatann­ya khususnya ketika menikam si mati.

“Hakikat menyebabka­n si mati mati adalah fakta yang tak dapat dinafikan. Tertuduh adalah tidak waras dan ini jelas ditunjukka­n dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya ketika prosiding berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Yip didakwa membunuh Choong Yong Kit pada 11 Mac 2012, antara jam 4 hingga 5.30 petang.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam Mah Kah Keong.

Seramai 22 saksi pendakwaan dikemukaka­n sementara hanya dua saksi oleh pihak pembelaan.

 ??  ?? YIP (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
YIP (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia