Harian Metro

KAKI SANGKUT RANTAI MOTOR

- Mohamad Fahd Rahmat fahd@hmetro.com.my

Budak tujuh tahun tahan sakit sejam

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun menanggung kesakitan sejam apabila kaki kirinya tersangkut pada rantai motosikal ditunggang bapanya di Jalan Kelapa Bali Taman Soga di sini, kelmarin

Difahamkan kejadian jam 5.50 petang itu berlaku ketika kanak-kanak dikenali sebagai Ahmad Khalifi Mohd Khairy membonceng motosikal bapanya ketika bersiar-siar.

Bagaimanap­un, kanak-kanak itu secara tidak sengaja menjulurka­n kaki menyebabka­n terkena rantai motosikal sebelum tersepit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 5.53 petang.

Katanya, lima anggota diketuai seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat bergegas ke lokasi untuk membantu mengeluark­an kaki mangsa.

“Ketika tiba di lokasi beberapa minit kemudian, anggota mendapati kanak-kanak berkenaan sedang ditenangka­n bapanya yang berusia 30-an dengan bantuan orang ramai supaya tidak menangis serta panik.

“Dengan menggunaka­n alat pemotong khas, kami mengeluark­an kaki mangsa yang tersepit pada jam 6.40 petang dan mangsa dihantar bapanya ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, usaha menemu bual bapa mangsa gagal kerana enggan mengulas insiden berkenaan sambil menyatakan anaknya baru saja dimasukkan ke bilik pembedahan HSNI, jam 3 petang, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu namun setakat petang semalam belum menerima laporan daripada bapa mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia