Harian Metro

DUGAAN HARI PERTAMA Rundingan APMM-TNI

-

“Perasaan saya bercampur baur antara terkejut dan takut kerana ditahan pada hari pertama bekerja sebagai awak-awak di bot itu,” kata Mohd Sani Mohd Sood, 38, antara empat nelayan tempatan ditahan pihak berkuasa Indonesia di Barat Daya Pulau Pisang pada 17 Disember lalu.

Mohd Sani berkata, dia yang baru bekerja sebagai anak kapal bot nelayan itu tidak menyangka ditahan pihak berkuasa negara jiran selepas empat jam turun ke laut memandangk­an tidak pernah berdepan situasi seumpana.

“Bayangkan bagaimana perasaan kami ketika itu apabila bot dihampiri kapal tentera Indonesia kerana memasuki perairan negara itu.

“Perasaan saya takut kerana pertama kali ditahan dan ditangkap malah ia bercampur baur kerana bimbangkan isteri dan anak masih kecil. Saya hanya mampu berbual sekejap dengan isteri dan sempat menghubung­inya untuk memaklumka­n ditahan pihak berkuasa negara itu,” katanya ditemui di Jeti Nelayan Perdaganga­n Pontian, semalam.

Beliau berkata, dia juga dapat menghubung­i majikannya bagi memaklumka­n penahanan itu biarpun pihak berkuasa negara itu disifatkan

Pontian: Empat nelayan tempatan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia selama 12 hari selamat tiba di Jeti Nelayan Pusat Perdaganga­n Pontian di sini, semalam, selepas dibebaskan dari Pusat Tahanan Vesel Tanjung Balai, Indonesia kelmarin.

Pengarah Maritim Daerah Johor Bahru Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, seorang tekong dan tiga awak-awak itu ditahan di sempadan perairan Malaysia-Indonesia jam 1 petang 17 Disember lalu.

Beliau berkata, usaha membebaska­n empat nelayan itu hasil perbincang­an antara Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia

tegas namun mereka dilayan dengan baik.

Menurut bapa kepada seorang cahaya mata lelaki berusia lima tahun itu, bagaimanap­un akan terus turun (APMM) dengan Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Katanya, nelayan itu, Koh Tuan Guan, 53, Teo Chin Heng, 49, Abdul Rahman Chia Abdullah, 53, dan Mohd Sani Mohd Sood, 38, ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana melakukan aktiviti menangkap ikan di 10.7 batu nautika dari Barat Daya Pulau Pisang, Pontian.

“Menyedari kejadian itu, anak seorang nelayan berkenaan membuat laporan polis sebelum maklumat berkenaan disalurkan kepada APMM untuk tindakan,” katanya pada sidang media di jeti nelayan Pusat Perdaganga­n Pontian di sini, semalam.

ke laut memandangk­an pekerjaan itu sudah sebati dengan dirinya.

“Mungkin selepas ini kami lebih berhati-hati supaya tidak tertangkap. Sebagai anak nelayan kami tidak pernah serik dan inilah rezeki kami,” katanya.

Mohd Sani berkata, dia yang mempunyai pengalaman 10 tahun menjadi anak kapal bot nelayan mengakui pekerjaan itu banyak risiko terutama membabitka­n faktor alam.

“Saya hanya tawakal kepada Allah biarpun sedar risiko bakal dihadapi ketika turun ke laut,” katanya.

Isterinya, Siti Norbaiyah Abdul Hadi, 34, berkata, dia bersyukur suaminya pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.

 Empat nelayan kita ditahan di Indonesia pulang ke tanah air

 ??  ?? MOHD Sani mencium anaknya, Mohd Amran sambil diperhatik­an isterinya, Siti Norbaiyah di Jeti Nelayan Perdaganga­n Pontian.
MOHD Sani mencium anaknya, Mohd Amran sambil diperhatik­an isterinya, Siti Norbaiyah di Jeti Nelayan Perdaganga­n Pontian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia