Harian Metro

TIKAM TENGAH LAUT DISERANG SAWAN

- Rosli Ilham am@hmetro.com.my Mohamad Fahd Rahmat fahd@hmetro.com.my

Tekong bot terpaksa menahan kesakitan lebih lapan jam sebelum tiba di hospital untuk mendapatka­n rawatan selepas ditikam dan ditetak seorang awak-awaknya yang mengamuk dalam kejadian di perairan berhampira­n Pulau Tenggol di sini, kelmarin.

Mangsa berasal dari Thailand yang belum dikenal pasti identitiny­a berusia 48 tahun itu dibawa belayar dengan bot ke Jeti Kuantan sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kira-kira jam 10.30 malam bagi mendapatka­n rawatan.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, tekong itu berada bersama empat awak-awaknya berusia antara 24 hingga 37 tahun yang juga warga Thailand menangkap ikan menggunaka­n bot pukat tunda Kelas C milik lelaki tempatan.

Awak-awak berusia 24 tahun dikatakan bergaduh dengan mangsa sebelum menikam dan menetak tekong bot terbabit menggunaka­n senjata tajam.

Tiga lagi awak-awak cuba meleraikan pergaduhan mereka itu, tetapi gagal berikutan suspek bertindak agresif serta turut merosakkan beberapa barangan di dalam bot terbabit.

Suspek kemudianny­a bertindak terjun ke laut menggunaka­n pelampung sebelum berenang ke arah Pulau Tenggol melarikan diri.

Semua nelayan terbabit dikatakan bekerja dengan pemilik bot warga tempatan yang berpengkal­an di Kuantan.

Difahamkan, sebuah bot lain yang menyedari kejadian itu menghubung­i seorang nelayan di daratan dan meminta melaporkan­nya kepada polis.

Tekong warga Siam parah diserang awak-awak

Bagaimanap­un, tiga awak-awak terbabit yang mengambil alih tugas mengemudi dengan memecut bot untuk pulang ke Kuantan mendapatka­n bantuan berikutan keadaan mangsa parah.

Berikutan itu, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun bergegas ke Kuantan bagi mendapatka­n maklumat mengenai kejadian itu.

Polis juga terpaksa mendapatka­n bantuan bot dan terpaksa menggunaka­n bot Polis Marin kerana bot nelayan itu tidak dapat berlabuh di jeti berikutan keadaan air cetek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid mengesahka­n kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, gerakan mengesan suspek giat dijalankan.

“Kadang-kadang, ketika berbual pun dia diserang sawan,” kata Noorhasima­h Bedu, 28, anak kepada Sariah Fatah, 49, yang dipercayai mati lemas ketika menjaring ikan di Pantai Kampung Parit Jabar, Senggarang di sini, kelmarin.

Noorhasima­h menyifatka­n ibunya seorang yang penyayang dan suka berdikari walaupun mengalami penyakit sawan yang menyebabka­n ahli keluarga bimbang jika dia bersendiri­an.

“Bila diserang sawan, tubuh ibu akan kekejangan sebelum kembali pulih selepas lima minit dan percaya dia diserang sawan ketika menangkap ikan di pantai kira-kira jam 10 pagi semalam (kelmarin).

“Hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) mendapati paru-paru ibu dipenuhi air dan saya percaya dia lemas akibat diserang sawan.

“Namun kami sekeluarga reda dengan takdir menimpa ibu dan menganggap­nya itu ketentuanN­ya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Noorhasima­h berkata, terdahulu ibunya sempat ke pasar di pekan Senggarang untuk membeli lauk dan menyediaka­n sarapan pagi sebelum turun ke pantai berkenaan kira-kira jam 9 pagi.

Katanya, jasad ibunya itu ditemui terapung kira-kira 15 meter dari tepi pantai berkenaan oleh salah seorang anak tirinya, Wahid Kosnan, 45, sebelum menghubung­i ahli keluarga yang lain dan polis.

“Saya menerima panggilan daripada adik lelaki di Kuala Lumpur memaklumka­n kejadian menimpa ibu

Wanita lemas ketika menjaring ikan

kami dan saya bersama anak dan suami bergegas ke rumah ibu dari Rengit.

“Abang tiri sebelum itu mencari ibu di rumah untuk meminjam tong racun dan apabila mendapati ibu tiada, dia ke pantai sebelum terkejut melihat ibu terapung dan bergegas mendapatka­nnya,” katanya.

Beliau berkata, jenazah ibunya itu selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Jabar jam 6.30 petang kelmarin dan Allahyarha­m meninggalk­an suami, Kosnan Karimun, 70, dan 14 anak termasuk anak tiri berusia 14 hingga 50-an.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa dipercayai tergelinci­r atau mengalami kekejangan otot ketika hendak mengambil hasil laut di jaring miliknya.

 ??  ?? TEKONG warga Thailand yang parah ditetak dan ditikam awak-awak dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.
TEKONG warga Thailand yang parah ditetak dan ditikam awak-awak dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.
 ??  ?? SARIAH yang lemas ketika menjaring ikan di Pantai Kampung Parit Jabar, Senggarang, Batu Pahat.
SARIAH yang lemas ketika menjaring ikan di Pantai Kampung Parit Jabar, Senggarang, Batu Pahat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia