Harian Metro

‘SERAHLAH CARA BAIK’

- Adnan Ibrahim am@hmetro.com.my

Keluarga angkat cari ibu kandung remaja lelaki untuk urusan buat kad pengenalan

“Sekiranya betul-betul tidak mahukan anak ini, buatlah penyerahan cara baik supaya masa depannya terjamin,” kata Zalila Zakaria, 53, di FELDA Ulu Belitong di sini yang merayu kerjasama ibu kepada remaja lelaki yang dijaganya sejak 13 tahun lalu.

Menurutnya, dia menerima Mohamad Fikri Abdullah yang diserahkan seorang wanita dikenali Suriyani Sulaiman ketika berusia tiga hari selepas dilahirkan di sebuah hospital swasta di Melaka pada 28 Ogos 2004.

Katanya, Suriyani yang sebelum itu tinggal bersamanya di FELDA itu menyerahka­n bayinya itu dengan alasan mahu balik berubat bersama keluargany­a di Kampung Bukit Pasir, Muar. “Ketika meninggalk­an bayinya, wanita itu berjanji untuk mengambiln­ya semula sebaik selesai berubat namun dia tidak berbuat demikian walaupun pernah berjumpa dengan wanita itu bersama keluargany­a ketika anaknya berusia lima bulan.

“Dalam pertemuan itu mereka menyatakan mengambil anak ini secepat mungkin namun hingga kini usia anaknya mencecah 13 tahun dan tiada siapa pun daripada ahli keluarga wanita itu datang bertemunya sama ada untuk mengambil mahupun membuat penyerahan secara sah,” katanya.

Zalila berkata, selepas gagal dalam perbincang­an itu mereka terputus hubungan dengan keluarga anak angkatnya itu kerana dipercayai berpindah ke Kuala Lumpur. “Mohamad Fikri kini berdepan dengan masalah membuat kad pengenalan kerana tidak memiliki dokumen lengkap walaupun kami menghantar­nya bersekolah.

“Jika tiada waris muncul membantu menyelesai­kan hal berkaitan dokumen untuk proses anak angkat, saya bimbang masa depan Mohamad Fikri sukar,” katanya.

Oleh itu, Zalila mengharapk­an Suriyani atau keluarga menghubung­inya di talian 017-7931912 untuk mengatur pertemuan bagi menyelesai­kan masalah itu bagi menjamin masa depan Mohamad Fikri yang lebih cerah.

“Saya mahu berjumpa bukan menuntut bayaran perbelanja­an anak ini dari kecil hingga sekarang tetapi hanya menguruska­n surat penyerahan secara sah kerana kami sekeluarga menyayangi­nya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ZALILA bersama Mohamad Fikri Abdullah menunjukka­n dokumen dan surat pendaftara­n kelahirann­ya yang tidak lengkap.
ZALILA bersama Mohamad Fikri Abdullah menunjukka­n dokumen dan surat pendaftara­n kelahirann­ya yang tidak lengkap.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia