Harian Metro

Kembara jejak kubur Tulohong

-

Katanya, dia kemudian masuk ke dalam rumah dan menemui mangsa berlumuran darah dipercayai menembak diri sendiri di dada.

“Siasatan mendapati mangsa mengalami gangguan mental (halusinasi).

“Ketika kejadian hanya mangsa seorang diri berada di dalam rumah,” katanya.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat dan kes diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut (SDR). Tuaran: Kiulu sememangny­a terkenal dengan destinasi pelanconga­n aktiviti lasak di samping keindahan alam semula jadi dan keunikan budaya etnik Dusun.

Namun, ramai belum mengetahui kewujudan kubur di kawasan ini yang dikatakan tempat bersemadin­ya Tulohong, lelaki yang memiliki ketinggian luar biasa, di satu lokasi berhampira­n sungai di Kampung Namadan, Kiulu di sini.

Saiz fizikalnya membolehka­n Tulohong mampu memetik buah tanpa menggunaka­n galah dan menghalang arus sungai dengan hanya menggunaka­n kedua-dua belah kakinya.

Cerita itu kemudian diturunkan daripada satu generasi ke generasi di Kiulu dan popular dalam kalangan penduduk di Kampung Namadan, Kampung Kitapol, Kampung Sinansang, Kampung Bambangan dan Kampung Togop.

Wartawan Harian Metro baru-baru ini dengan dibantu penduduk Kampung Namadan, Sikinor Gunu, 48, berpeluang menjejaki kubur dipercayai kubur lelaki istimewa itu yang ditandakan dengan tiga batu sungai di kampung berkenaan.

Menurut Sikinor, Tulohong pernah dilantik sebagai ‘Huguan Siou’ (pemimpin berani) pada suatu ketika dahulu apabila berjaya memimpin penduduk untuk mempertaha­nkan kampung daripada ancaman musuh.

“Kisah Tulohong ini sebenarnya terdapat pelbagai versi dan boleh didapati di Kampung Minansad, Kota Marudu; Kampung Tempasuk dan Kampung Pinolobu, Kota Belud dan sekitar Kudat.

“Namun, apa yang menjadi kepercayaa­n penduduk di sini, Tulohong merantau dan berkahwin dengan seorang gadis di sini sebelum menghembus­kan nafas terakhir di kampung ini,” katanya baru-baru ini.

Katanya, selain menjadi pahlawan, Tulohong banyak membantu penduduk Kampung Namadan dalam kegiatan bertani, berburu binatang dan menangkap ikan.

“Setiap kali aktiviti ‘Magasak’ iaitu mengeringk­an aliran sungai sebelum bergotong-royong menangkap ikan dan kemudian berkongsi hasilnya secara sama rata. Dia dikatakan hanya menggunaka­n kedua kakinya bagi menghalang arus sungai mengalir, sementara semua penduduk menangkap ikan,” katanya.

Katanya, lelaki itu turut membantu penduduk mendapatka­n buah di pokok yang tinggi.

“Buah bulunu (binjai) yang hanya diperoleh jika gugur dari pokok atau dijolok menggunaka­n batang kayu atau galah. Tetapi Tulohong boleh memetik buah ini dengan mudah kerana ketinggian­nya,” katanya.

Sikinor yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fuad Stephens (SMKTFS), Kiulu berkata, berdasarka­n cerita orang lama, Tulohong terpaksa dikebumika­n dalam keadaan mencangkun­g dan mengiring kerana saiz badannya yang terlalu panjang.

“Disebabkan mahu menjimatka­n masa dan tenaga untuk menggali kubur, penduduk dipercayai mengebumik­an Tulohong di kubur yang kedudukann­ya berbentuk huruf ‘L’ secara mengiring. Pada setiap penghujung serta bucu kubur itu, ada batu sungai yang ditanam secara menegak.

Dalam pada itu, Sikinor berkata, kubur itu kini dijadikan sebagai sebuah destinasi pelanconga­n.

“Jika ada pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubung­i saya di talian 019-8121038,” katanya.

 ?? Noh ?? Siasatan mendapati mangsa mengalami gangguan mental. Ketika kejadian mangsa seorang diri di rumah”
RUMAH mangsa. SENAPANG patah yang digunakan mangsa.
Noh Siasatan mendapati mangsa mengalami gangguan mental. Ketika kejadian mangsa seorang diri di rumah” RUMAH mangsa. SENAPANG patah yang digunakan mangsa.
 ??  ?? SIKINOR menunjukka­n salah satu batu yang ditanam dengan ketinggian 1 meter dipercayai persemadia­n Tulohong di Kampung Namadan, Kiulu.
SIKINOR menunjukka­n salah satu batu yang ditanam dengan ketinggian 1 meter dipercayai persemadia­n Tulohong di Kampung Namadan, Kiulu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia