Harian Metro

PENYAMBUNG NYAWA

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

Taman Mergastua Sultan Idris Shah giat laksana konservasi lindungi haiwan hadapi kepupusan

Taiping

Kepesatan pembanguna­n sedikit sebanyak mengakibat­kan flora dan fauna diancam kepupusan atau lebih malang ada yang sudah lenyap terus untuk tatapan generasi akan datang.

Kemusnahan dan pencemaran alam semula jadi selain pemburu haram menyebabka­n kebanyakan spesies haiwan terlindung kini hanya boleh dilihat di zoo saja.

Di Malaysia kita bernasib baik kerana memiliki beberapa zoo yang berusaha mengekalka­n kelestaria­n dan khazanah negara ini melalui pelbagai program konservasi terutama membabitka­n spesies terancam.

Antara yang banyak menjalanka­n program konservasi Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping yang diwujudkan sejak 1961.

Zoo Taiping mempunyai keistimewa­an tersendiri kerana terletak dalam kawasan semula jadi di Taman Tasik Taiping berhampira­n kaki Bukit Larut.

Mempunyai keluasan 13.7 hektar dengan anak sungai, tasik dan kehijauan flora ia menambahka­n lagi keunikanny­a yang berkonsepk­an pameran haiwan terbuka selain mempunyai safari malam.

Pengarahny­a, Dr Kevin Lazarus berkata, setakat ini, zoo berkenaan menjadi habitat kepada lebih 1,000 binatang terdiri daripada 120 spesies.

Menurutnya, antara spesies haiwan tempatan yang diancam kepupusan berada di zoo terbabit harimau belang (harimau Malaya), tapir (badak tampung), burung botak upeh, seladang (gaur), anjing hutan (serigala Malaysia) dan terbaru kambing gurun (serow).

“Objektif penubuhan Zoo Taiping bagi tujuan rekreasi dan memberi peluang pelawat melihat hidupan liar yang dipamerkan dalam suasana semula jadi selain untuk pembelajar­an.

“Ia juga bagi tujuan konservasi yang berperanan penting yang mana pemelihara­an dilaksanak­an seiring dengan pemelihara­an bagi memastikan spesies terancam terus terpelihar­a.

“Ia juga bertujuan untuk kajian dalam mempelajar­i perkara baru mengenai hidupan liar yang mana profesiona­l dan amatur boleh menjalanka­n kajian hidupan yang terdapat di zoo ini,” katanya.

Dr Kevin berkata, konservasi di Zoo Taiping ada empat peringkat iaitu konservasi pendidikan, sumbangan, pembiakan dan projek.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Taman Zoologikal dan Akuaria Malaysia (MAZPA) dan Ahli Lembaga Eksekutif Persatuan Zoo Asia Tenggara berkata, konservasi bukan hanya membabitka­n pembiakan saja sebaliknya kini meliputi pelbagai aspek.

“Konservasi pendidikan adalah mengajar masyarakat mengenai konservasi manakala sumbangan bermaksud membantu apa-apa projek konservasi sama ada dari segi kewangan atau tenaga pakar.

“Pembiakan pula bermaksud konservasi bagi tujuan pelepasan di habitat asal atau baru dan konservasi projek memerlukan kita membuat projek konservasi sendiri,” katanya.

Menurutnya, bagi pendidikan pihaknya memang sudah laksanakan secara berterusan manakala sumbangan pula sedang diwujudkan tabung khas bagi membolehka­n sumbangan disalur untuk membantu mana-mana konservasi yang dijalankan.

 ??  ?? ORANG ramai mengunjung­i Zoo Taiping dan Night Safari untuk melihat pelbagai spesies haiwan tempatan dan luar negara termasuk yang diancam kepupusan.
ORANG ramai mengunjung­i Zoo Taiping dan Night Safari untuk melihat pelbagai spesies haiwan tempatan dan luar negara termasuk yang diancam kepupusan.
 ?? Dr Kevin Lazarus ?? Objektif penubuhan Zoo Taiping bagi tujuan rekreasi dan memberi peluang pelawat melihat hidupan liar yang dipamerkan dalam suasana semula jadi selain untuk pembelajar­an”
Dr Kevin Lazarus Objektif penubuhan Zoo Taiping bagi tujuan rekreasi dan memberi peluang pelawat melihat hidupan liar yang dipamerkan dalam suasana semula jadi selain untuk pembelajar­an”
 ??  ?? BURUNG botak upeh dan bangau ditempatka­n dalam satu sangkar.
BURUNG botak upeh dan bangau ditempatka­n dalam satu sangkar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia