Harian Metro

Burung botak upeh dibiak terbang bebas

-

Taiping: Spesies yang dianggap terancam oleh Kesatuan Pemulihara­an Alam Sekitar Antarabang­sa (IUCN), burung botak upeh

kini berjaya dibiak dan hidup bebas sekitar Zoo Taiping.

Jika di Perak burung berkenaan sebelum ini banyak didapati di Kuala Gula, Bagan Serai, dekat sini, namun spesies itu sudah tidak lagi kelihatan atau berkuranga­n di kawasan itu susulan kawasan hutan paya bakau yang semakin terjejas.

Burung berkenaan adalah jenis yang sensitif dan sukar membiak jika habitatnya terganggu sama ada berpunca dari manusia atau pembanguna­n.

Penjaga Zoo Taiping, Mohd Ashyraaf Nasyriq, 31, yang juga antara individu bertanggun­gjawab menjaga burung botak upeh di zoo berkenaan berkata, jika terdapat gangguan burung itu akan ‘merajuk’ dan tidak bertelur.

“Kebiasaann­ya burung ini bertelur antara Mac hingga Julai dan sepanjang tempoh itu sangkar pamerannya ditutup kepada semua pelawat.

“Ini kerana berdasarka­n pengalaman sebelum ini apabila terganggu ia tidak mahu bertelur,” katanya.

Menurutnya, dari segi penjagaan terutama makanan ia tidak terlalu sukar kerana burung berkenaan makan ikan dan cara pemberian makan adalah dengan meletakkan ikan (mati) dalam kolam air agar ia boleh makan sendiri seperti semula jadi.

“Sehari tiga kali burung ini makan dengan diberikan ikan jenis sardin dan kembong iaitu kira-kira 32 kilogram ikan setiap hari,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Zoo Taiping Dr Kevin Lazarus berkata, pihaknya mendapat bekalan baka sebanyak 12 burung yang hampir pupus itu dari Zoo Negara untuk dibiak.

“Pada mulanya 12 burung itu diletak di dalam satu sangkar yang besar tidak bercampur dengan burung lain, namun ia tidak membiak.

“Mungkin kerana ia jenis burung kolonial yang mana ia perlu kumpulan jadi kita pindahkan ke sangkar lain bersama burung bangau dan ia membiak,” katanya.

 ?? FOTO: ?? IBU bapa tidak melepaskan peluanga membawa anak-anak mengunjung­i zoo.
FOTO: IBU bapa tidak melepaskan peluanga membawa anak-anak mengunjung­i zoo.
 ??  ??
 ??  ?? SERIGALA Malaysia atau anjing hutan hampir pupus.
SERIGALA Malaysia atau anjing hutan hampir pupus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia