Harian Metro

Pemandu lori maut rempuh treler

-

Alor Gajah: Pemandu lori syarikat penghantar­an maut selepas lori dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah treler muatan kabel elektrik, di Kilometer 199.3 Lebuhraya Utara Selatan Plus, arah selatan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa Ridzuan Kumpelin, 27, dipercayai berasal dari Kota Belud Sabah dan menetap di Petaling Jaya, Selangor, memandu lori penghantar­an barang SkyNet dalam perjalanan ke selatan tanah air.

Menurut sumber, lori dipandu mangsa tiba-tiba merempuh belakang treler membawa muatan kabel elektrik yang dalam perjalanan dari Kedah ke Pengerang, Johor dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik negeri, Superinten­dan Mohd Sham Abdullah berkata, kejadian berlaku di laluan lurus tiga lorong ketika cuaca baik.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat manakala pemandu treler yang dirempuh Ismail Hashim, 49, tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, PBK II Ramli Yusof berkata, seramai 12 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan jam 5.02 pagi dan operasi tamat jam 6.45 pagi.

“Kemalangan membabitka­n dua lori dan seorang pemandu lori tersepit. Kita melakukan kerja-kerja mengeluark­an mangsa sebelum pegawai perubatan KKM Melaka mengesahka­n mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.

 ??  ?? KEADAAN lori yang merempuh belakang treler muatan kabel.
RIDZUAN
KEADAAN lori yang merempuh belakang treler muatan kabel. RIDZUAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia