Harian Metro

BUKU TAK BOLEH BACA

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap 21 penerbitan melalui Warta Kerajaan P.U (A) 391-401 bertarikh 19 Disember kerana boleh memudarat atau mengeliruk­an pembaca terutama generasi muda.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, Warta Perintah Larangan ini adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Katanya, perintah itu menetapkan pencetakan, penghasila­n, penghasila­n semula, penerbitan, penjualan, pengeluara­n, pengelilin­gan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

“Semua penerbitan ini dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratk­an ketenteram­an awam, menggempar­kan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratk­an kemoralan dan memudaratk­an kepentinga­n awam.

“Malah, secara keseluruha­nnya, ia dilihat boleh memudarat atau mengeliruk­an pembaca terutama generasi muda dan ia tidak sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sehubungan itu, Alwi berkata, adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana orang yang mencetak, mengimport, menghasilk­an, menghasilk­an semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengelilin­g, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan.

Katanya, mereka boleh dipenjarak­an tidak lebih tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan seperti yang ditetapkan mengikut Seksyen 8 (2) Akta 301.

“Sekiranya masyarakat awam mendapati masih terdapat penerbitan yang mungkin melanggar undang-undang diedarkan di pasaran, aduan boleh dibuat

 KDN warta 21 penerbitan mudaratkan pembaca

kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN di talian telefon 0318886804­7 atau faks 03-88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang http://moha.spab.gov.my,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia