Harian Metro

NOSTALGIA SALAD UDANG 70-AN

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

Pengunjung tidak lepas peluang bertandang ke restoran kegemaran di Ampang Park untuk kali terakhir

“Minggu ini saja sudah masuk lima kali saya menjejakka­n kaki ke Ampang Park bagi mengimbau nostalgia pusat beli-belah yang bakal ditutup Isnin ini,” kata pengunjung, Roziana Mohd Sarip, 51.

Menurutnya, walaupun masih berbaki dua hari untuk dikosongka­n, dia bersama dua adik perempuan, Nurwahida Mohd Sarip, 32 dan Salina Mohd Sarip, 45 mengunjung­i restoran kegemaran buat kali terakhir.

“Setiap kali datang ke sini, kami pasti singgah makan char kuetiau dan salad udang yang terdapat di Cozy Corner.

“Memang dua hidangan ini menjadi antara kegemaran kami adik beradik sejak 1970-an hingga kini,” katanya ketika ditemui, semalam.

Roziana berkata, selain Cozy Corner, restoran Selaseh Cafe di tingkat 2 juga menjadi antara restoran kegemarann­ya.

“Di Selaseh Cafe, menu yang paling tidak dapat saya lupakan adalah mi tudung dan mi Gunung Langkawi.

“Saya dan adik sanggup berbelanja mahal asalkan dapat menikmati semua makanan yang terdapat di kedua-dua restoran ini kerana ia sememanya berbaloi,” katanya yang menetap di Ampang.

Perkara sama turut dirasai, Khairul Azman Abdul Dzani, 34, yang turut menjadikan restoran Cozy Corner serta Selaseh Cafe sebagai lokasi makanan kegemarann­ya sejak lima tahun lalu.

“Di Selaseh Cafe, saya tertarik dengan menu asam laksa kerana setiap kali waktu rehat, saya pasti datang ke sini bersama rakan sepejabat.

“Memang dari dulu hingga kini, Ampang Park menjadi satu-satunya tempat saya membeli makanan disebabkan ia hampir dengan pejabat saya,” katanya yang bekerja di Megan Avenue berhampira­n Ampang Park di sini.

Katanya, semalam dia dan rakan sepejabat mengambil masa terluang yang ada untuk mencuba menu asam laksa sebelum tempat berkenaan dikosongka­n.

“Sebelum tempat ini dikosongka­n, saya ingin menikmati sepuas-puasnya.

“Yang pastinya, saya akan terus menjadi pelanggan tetap Cozy Corner di mana mereka akan membuka restoran di Ampang Point tidak lama lagi,” katanya.

 ?? FOTO: ?? ROZIANA (kiri) bersama rakan menikmati hidangan di Cozy Corner.
FOTO: ROZIANA (kiri) bersama rakan menikmati hidangan di Cozy Corner.
 ??  ?? ORANG ramai menyerbu kedai yang membuat jualan lelong.
ORANG ramai menyerbu kedai yang membuat jualan lelong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia