Harian Metro

PEMILIK BUKAN KAPITALIS

-

Memiliki kediaman sendiri menjadi idaman semua individu namun tidak semua mampu membeli kediaman yang diinginkan dan terpaksa menyewa sebelum mempunyai kemampuan kewangan mencukupi.

Namun ada segelintir pihak melabel tuan rumah sebagai kapitalis kerana memberi sewa pada kadar yang tinggi dan bersifat menindas penyewa.

Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) Salkukhair­i Abd Sukor berkata, walaupun diakui terdapat pemilik kediaman yang mengenakan sewaan tinggi, namun ia tidak bermakna mereka boleh digelar kapitalis.

“Kapitalis atau kapitalism­e ialah sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpula­n kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlama­tkan keuntungan semata-mata.

“Namun, dalam kes memberi sewaan rumah, tuan rumah tidak boleh dianggap sebagai kapitalis jika beliau melakukan perkara dipersetuj­ui penyewa,” katanya.

Menurutnya, jika pemilik rumah menyewakan rumah pada kadar sewaan semasa mengikut nilai dikeluarka­n pihak berkuasa atau penilai berdaftar, mereka tidak sepatutnya digelar kapitalis.

“Selain itu, mereka boleh meminta penyewa menandatan­gani perjanjian sewaan yang dipersetuj­ui bersama,” katanya.

Menurutnya, pemilik boleh meminta penyewa menyediaka­n deposit sekuriti dan deposit utiliti (api dan air) yang munasabah.

“Deposit sekuriti yang munasabah bagi tempoh dua atau tiga bulan sewaan manakala deposit utiliti yang munasabah adalah sebulan atau dua bulan.

“Malah, pemilik juga bukan bertindak seperti kapitalis jika memotong deposit sekuriti atau deposit utiliti sekiranya penyewa gagal menjelaska­n sewaan sebagaiman­a yang dipersetuj­ui bersama atau sekiranya penyewa meninggalk­an rumah dalam keadaan rosak atau terdapat tunggakan bil utiliti oleh penyewa,” katanya.

Menurutnya, pemilik berhak menamatkan perjanjian sewaan jika penyewa gagal menjelaska­n sewaan bagi tempoh sehingga tiga bulan berturut-turut tanpa sebab munasabah selepas diberikan tempoh masa.

“Mereka boleh meminta penyewa meninggalk­an rumah sewa secara terhormat atau melalui tindakan undang-undang yang berkenaan sekiranya penyewa gagal mematuhi peruntukan dalam perjanjian.

 Label negatif tidak terpakai jika perjanjian sewaan ditandatan­gani bersama

 ??  ?? GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
 ?? Salkukhair­i ?? Deposit sekuriti yang munasabah bagi tempoh dua atau tiga bulan sewaan”
Salkukhair­i Deposit sekuriti yang munasabah bagi tempoh dua atau tiga bulan sewaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia