Harian Metro

PKNK komited buka KHTP2

-

Alor Setar: Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) komited membuka Kulim Hi-Tech Park 2 (KHTP2) bagi menampung pelaburan berteknolo­gi tinggi dalam tempoh 10 tahun lagi.

Ketua Eksekutifn­ya, Abdul Rahman Abdullah berkata, KHTP2 sangat penting seiring rancangan kerajaan negeri dan pusat untuk membina Lapangan Terbang Antrabangs­a Kulim atau lebih dikenali sebagai KXP.

“Sekiranya KXP direalisas­ikan kerajaan Pusat, maka PKNK perlu bersiap sedia dengan KHTP2 yang dijangka menarik lebih ramai pelabur asing dan jumlah pelaburan berikutan terdapat kemudahan infrastruk­tur lengkap.

“PKNK mengenal pasti tanah seluas 2,800 hektar bagi tujuan itu selepas KHTP sedia ada hampir mencapai kapasiti maksimum manakala fasa empat KHTP kini masih tinggal 80 hektar, fasa satu, dua dan tiga pula sudah penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serahan Bantuan Persekolah­an Sesi 2018 Sekolah Pendidikan Islam (SPI) dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Daerah Kota Setar di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, PKNK kini menjalanka­n kajian terperinci mengenai pembukaan tanah bagi tujuan itu.

Katanya,

keseluruha­n kawasan pembanguna­n KHTP dibuka sejak 1996 seluas 1,862 hektar meliputi fasa satu hingga empat yang dijangka habis diteroka dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Terdahulu, 100 murid miskin dari 10 pusat KAFA daerah Kota Setar terpilih bagi menerima sumbangan RM150 setiap seorang.

Abdul Rahman berkata, PKNK bekerjsama dengan Jabatan hal Ehwal Agama Islam negeri Kedah (JHEAIK) bagi mengenal pasti murid kurang berkemampu­an.

“Bantuan kewangan ini diharapkan dapat digunakan untuk membayar yuran dan buku aktiviti murid terbabit. Kami juga merancang meluaskan program bantuan ini ke daerah lain tahun depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia