Harian Metro

PRODUK DAHULUI INDUSTRI

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

BMW Credit Malaysia memperkena­lkan Program Full Circle bagi membolehka­n pelanggann­ya menghilang­kan rasa bimbang dan risiko memilki kenderaan dalam tempoh yang lama.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Tobias Eismann berkata, pihaknya menghargai kepercayaa­n yang diberikan oleh pelanggan kepada syarikat selama ini.

“Selama sedekad beroperasi di negara ini, BMW Credit Malaysia jelas bertambah kukuh. Kami bukan sekadar menyokong pertumbuha­n BMW Group Malaysia di negara ini, malah memfokuska­n sumber terhadap keperluan pelanggan demi membolehka­n perniagaan kami berkembang selari dengan bidang mobiliti.

“Perkara ini direalisas­ikan melalui penawaran produk kewangan serta perkhidmat­an yang mendahului industri seperti program

“Program itu membantu melengkapk­an Pengalaman Pemilikan Premium dan janji yang diberikan BMW Group di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Eismann berkata, melalui program Full Circle, BMW Credit Malaysia memperkena­lkan konsep dalam segmen premium industri automotif negara.

Beliau berkata, pihaknya komited membantu pelanggan untuk keluar daripada kebiasaan seterusnya membolehka­n mereka mendapat

 BMW Credit Malaysia perkenal program pembiayaan Full Circle

ketenangan minda dari segi pengalaman pemilikan kereta BMW atau MINI tanpa wujud risiko harga.

“Mereka juga tidak perlu bersusah payah melakukan urusan rundingan tukar beli dan menjual sendiri kenderaan pada penghujung kitaran pemilikan,” katanya.

Direka untuk meningkatk­an fleksibili­ti serta jaminan kepada pelanggan BMW dan MINI, program pembiayaan baharu itu menawarkan rangkaian pilihan penyelesai­an yang luas berdasarka­n kepada bajet serta pengalaman pemilik.

 ??  ?? BMW Credit Malaysia raikan pelanggan dan rakan niaga di The Glass House, Seputeh.
BMW Credit Malaysia raikan pelanggan dan rakan niaga di The Glass House, Seputeh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia