Harian Metro

KEPALA SANGKUT DALAM

- Agensi

Seorang bayi terputus kepalanya ketika dilahirkan songsang oleh ibunya disebabkan kecuaian doktor semasa menariknya keluar akibat tersangkut.

Reina Natalia Valazquez, 30, dan suaminya hanya pulang ke rumah bersama sebuah kotak berisi mayat bayi mereka yang diserahkan pihak hospital.

Reina hamil 22 minggu dan bersalin awal ketika membuat persediaan menyambut Krismas di rumah keluargany­a di Salvador Mazza, Argentina.

Katanya, ketika kejadian, suaminya berada di luar membeli lampin bayi dan terkejut apabila melihat doktor memapah bayinya tanpa kepala.

“Ketika bersalin, kami tidak tahu sama ada doktor atau bidan yang menarik bayi hingga kepalanya terpisah dari badan,” katanya dalam tuntutan mereka.

Pengarah hospital, Jose Fernandez berkata, kepada laman sesawang InformateS­alta bahawa doktor tidak mahu melakukan pembedahan Caesarean ke atasnya memandangk­an terdapat bukaan 11 sentimeter (cm).

“Kandungann­ya

songsang jadi badannya keluar dulu. Apabila sampai di bahagian kepalanya, terdapat kekejangan di bahagian serviks yang menekan leher bayi.

“Doktor sakit puan memanggil doktor lain yang cuba mengeluark­an bayi tetapi terdapat koyakan dan terputus hingga tertinggal kepala di dalam,” katanya.

Menurutnya, doktor merancang mengeluark­annya menerusi pembedahan caesarean, namun ia dikeluarka­n secara semula jadi bersama uri.

Perkhidmat­an pendakwaan Argentina mengesahka­n siasatan sudah dimulakan bagi mengenal pasti punca kematian bayi terbabit.

Susulan itu, pasangan berkenaan memfailkan tuntutan kecuaian melampau terhadap hospital terbabit.

 Bayi ‘terlerai’ ketika dilahirkan songsang

 ??  ?? KOTAK putih berisi mayat bayi malang itu. - Agensi
REINA
KOTAK putih berisi mayat bayi malang itu. - Agensi REINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia