Harian Metro

Laksana ‘hukuman’ tembak beruang

-

Naypitaw: Seorang lelaki mencetuska­n kemarahan netizen apabila dirakam menembak mati beruang hitam daripada spesies terancam di dalam sangkarnya semata-mata kerana perasaan ingin tahu ketika melancong ke Myanmar.

Lelaki itu mendakwa menembak mati beruang berkenaan selepas mendapat izin kerajaan tempatan Wa, Myanmar, yang bersempada­n China, lapor Beijing News.

Lelaki itu yang identitiny­a tidak didedahkan turut mendakwa senjata digunakann­ya disediakan kerajaan tempatan.

Video berkenaan, dipercayai dirakam pelancong lain dalam kumpulanny­a, menjadi tular di media sosial China pada 27 Disember lalu dan mencetuska­n kemarahan serta kontrovers­i.

Dalam video itu, lelaki didengar menjerit dalam dialek Cina kepada beruang itu: “Saya dah kata, jangan buka mulut. Buatlah lagi, siap kamu!”

Dia kemudian melepaskan satu das tembakan menyebabka­n beruang itu rebah. Seorang lelaki kemudian dilihat memotong bulu dari seekor beruang - tidak pasti sama ada haiwan sama - dalam video itu.

Kejadian pada mulanya disangka berlaku di Yunnan, China, tetapi siasatan polis mendapati ia berlaku di Myanmar, lapor Beijing News.

Sementara itu, seorang lelaki dari Shandong, timur China, mengaku dia orang yang bertanggun­gjawab dalam video dirakam di luar balai polis, kononnya selepas menyelesai­kan isu berkenaan dengan pihak berkuasa.

Dia mendakwa beruang itu mahu dibunuh pihak berkuasa Wa kerana mencederak­an orang awam.

“Saya ingin tahu rasanya jadi saya meminta izin melaksanak­an ‘hukuman’ itu. Saya mendapat izin pihak berkuasa.

“Namun kini saya dikecam orang ramai dan mahu menjelaska­n keadaan. Video itu bukannya untuk dikongsika­n saya tidak tahu siapa yang menyebarka­nnya.

“Sebenarnya haiwan mesti dilindungi,” katanya. - Daily Mail

 ??  ?? VIDEO yang tular dikecam netizen. - Daily Mail
VIDEO yang tular dikecam netizen. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia