Harian Metro

LEMAS NAK PANAS

- Agensi

 Empat beradik miskin ditinggal ibu bapa mati keracunan karbon monoksida ketika nyalakan api

ketika cuaca sejuk

Empat beradik miskin berusia empat hingga 11 tahun ditemui mati dipercayai terhidu karbon monoksida ketika cuba menyalakan api untuk memanaskan badan mereka, lapor sebuah laman web berita.

Kanak-kanak terbabit tinggal bersendiri­an di rumah di Qingshan, wilayah Yunnan disebabkan ibu bapa mereka berada di Kunming berikutan penangkapa­n anak sulung mereka.

Empat beradik itu menyalakan api, namun semua tingkap dan pintu ditutup menyebabka­n asap beracun terkumpul di dalam rumah terbabit.

Sepupu mereka Lu Yucong berkata: “Kanak-kanak berkenaan tidak diajar cara menyalakan api dengan selamat sebelum pergi ke Kunming.

“Biasanya mereka memanaskan diri berhampira­n api di dapur.”

Kejadian cuma disedari ketika pihak sekolah menghubung­i bapa mangsa, Chen Caiben, bertanyaka­n mengapa anaknya tidak hadir ke sekolah.

Chen menghubung­i jirannya untuk memeriksa, namun apa yang ditemui mayat anaknya.

Penduduk kampung biasanya membakar kayu atau arang pada musim sejuk kerana terlalu miskin untuk memiliki alat pemanas moden.

Jiran lain berkata: “Seperti keluarga lain di kampung ini, mereka hidup menanam jagung. Mereka miskin”.

Chen membina semula rumah itu selepas tiga tahun ia musnah akibat gempa bumi dengan meminjam 30,000 yuan (RM18,687) selain menerima subsidi kerajaan.

Lebih menyedihka­n, dia tidak cukup wang untuk membeli keranda dan terpaksa membinanya sendiri menggunaka­n lebihan kayu daripada program pembinaan semula akibat gempa bumi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia