Harian Metro

1kg dadah dalam perut

-

Bangkok: Seorang wanita berusia 27 tahun dari Ivory Coast ditahan di Phuket apabila dikesan menelan lebih satu kilogram (kg) bungkusan kecil dadah jenis kokain selepas melalui imbasan x-ray di lapangan terbang.

Wanita terbabit ditahan pihak berkuasa di lapangan terbang antarabang­sa Phuket selepas mendarat dari Doha.

Imbasan x-ray menunjukka­n lebih 60 peket di dalam perutnya yang diisi 1.2kg kokain, menurut Ketua Setiausaha Lembaga Kawalan Narkotik, Sirinya Sitdhichai.

“Dadah itu kemungkina­n dibawa untuk pelanggan kaya di Bangkok. Kokain dan crystal meth lazimnya untuk pelanggan kaya,” katanya kepada AFP.

Menurutnya, penyeludup dadah berpengkal­an di

Afrika Barat sering mengupah wanita

Afrika atau Asia sebagai ‘keldai’ untuk membawa masuk dadah ke Thailand, tempat popular untuk aktiviti penyeludup­an menerusi sempadan dan laluan udaranya.

Katanya, penyeludup sering masuk melalui lapangan terbang kecil di luar Bangkok sebelum menggunaka­n jalan darat untuk menjual dadah di ibu kota.

Dadah paling popular di negara itu ialah methamphet­amine yang berbentuk tablet dikenali sebagai ‘yaba’ bermaksud ‘ubat gila’.

Pil itu serta satu lagi dadah lebih kuat dan tulen dikenali sebagai ‘ice’ yang diproses di makmal dadah di Zon Segitiga Emas, di utara Thailand berhampira­n Myanmar dan Laos. - AFP

 ??  ?? X-RAY perut wanita itu menunjukka­n peket kokain dalam perutnya. - AFP
X-RAY perut wanita itu menunjukka­n peket kokain dalam perutnya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia