Harian Metro

REPUT DALAM JEL

- Daily Mail

 Bapa dipenjara 12 tahun lapan bulan kerana jadikan anak perempuan hamba seks selama

22 tahun sehingga lahirkan lapan anak

Seorang lelaki dipenjara 12 tahun lapan bulan kerana menjadikan anak perempuann­ya hamba seks selama 22 tahun sehingga melahirkan lapan anak.

Domingo Bulacio, 57, tidak menunjukka­n sebarang emosi ketika dijatuhkan hukuman atas pelbagai kesalahan seks pada akhir perbicaraa­nnya di Santiago del Estero.

Anggota keluarga perogol bersiri itu antara 50 saksi yang memberi keterangan sepanjang perbicaraa­nnya. Bulacio, yang turut dipanggil Vernacho, ditahan sejak Januari tahun lalu.

Sebelum ditangkap,

dia menghilang­kan diri selama 45 hari dari kediamanny­a di Villa Balnearia, berhampira­n Santiago del Estero, selepas anaknya Antonia mendapat bantuan pihak berkuasa mendakwa menjadi mangsa seks bapanya sejak berusia 11 tahun susulan ibunya dihalau dari rumah mereka.

Ujian DNA mengesahka­n semua anak dilahirkan Antonia hasil hubungan sumbang dengan bapanya itu. Enam daripada lapan kanak-kanak terbabit pada mulanya dipindahka­n ke sebuah sekolah kebajikan berhampira­n tetapi kini kembali bersama Antonia di rumah keluarga.

Bulacio digelar ‘Raksasa Villa Balnearia’ selepas penahanann­ya. Kes itu turut disamakan dengan penghambaa­n wanita Austria, Elizabeth Fritzl oleh bapanya Josef selama 24 tahun di bilik bawah tanah rumahnya sehingga melahirkan tujuh anak, yang terbongkar beberapa tahun lalu.

Antonia sebelum ini dipetik akhbar tempatan mengakui menjadi hamba seks bapanya sejak kecil manakala ada antara saudaranya yang menerima ancaman bunuh sejak dia mendedahka­n penyeksaan­nya itu.

“Saya bimbangkan keselamata­n diri dan anak-anak kerana keluarga bapa mengancam kami supaya menarik balik tuduhan terhadapny­a. Mereka tidak peduli langsung apa yang dilakukann­ya.

“Dia begitu kejam, saya sering dipukul termasuk menggunaka­n bongkah kayu.

“Saya mahu dia mereput dalam penjara. Saya mahukan keadilan,” katanya.

Bulacio enggan memberi keterangan di mahkamah atau membuat rayuan meringanka­n hukuman, walaupun pendakwa meminta hakim memberikan hukuman penjara 15 tahun terhadapny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia