Harian Metro

Khe Wei tekad bangkit semula

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas melalui musim sukar tahun ini, pemain beregu wanita negara, Woon Khe Wei bertekad untuk bangkit semula dengan menetapkan sasaran meraih pingat pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

Menurut pemain berusia 28 tahun itu, tahun ini mereka berdepan kesukaran terutama dari segi prestasi yang kurang memuaskan apabila hanya meraih satu kejuaraan pada Terbuka New Zealand.

“Saya rasa kami perlu bekerja keras lagi terutama menjelang 2018. Tahun depan juga banyak kejohanan besar dan saya harap kami mampu meraih pingat di Sukan

(gambar)

Komanwel dan Sukan Asia,” katanya yang berganding­an dengan Vivian Hoo.

Selepas berakhirny­a saingan musim ini, Vivian-Khe Wei berada di tangga ke-15 dunia dan kekal menjadi pasangan beregu wanita terbaik negara.

Ia berbeza dengan 2015 dan 2016 apabila mereka menamatkan musim di tempat ke-11 dunia, dengan meraih gelaran naib juara Masters India, memenangi pingat perak Sukan SEA Singapura dan mara tujuh kali ke separuh akhir.

Vivian-Khe Wei akan memulakan aksi musim ini dengan menyertai Masters Malaysia (16-21 Januari) apabila berdepan Lin Xiao Min-Wu Fang Chien dari Taiwan pada pusingan pertama.

“Saya rasa memang ada bonus buat kami kerana mempunyai banyak masa untuk mencuba gelanggang (Arena Axiata), seterusnya dapat menyesuaik­an diri dengan persekitar­an stadium. Saya rasa lebih bersemanga­t dan teruja untuk beraksi pada kejohanan ini,” kata pemain dari Selangor itu.

Ditanya mengenai kelayakan Piala Uber, Khe Wei optimis skuad wanita masih mempunyai peluang untuk melayakkan diri walaupun berdepan halangan berliku.

“Anda boleh lihat perseorang­an wanita ada peningkata­n, namun bagi acara berpasukan seperti ini anda perlu melihat secara menyeluruh.

“Perlu melihat semangat dan kerjasama tapi paling penting buat yang terbaik sambil dibantu sokongan antara satu sama lain,” tegasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia