Harian Metro

4 KEJOHANAN JADI PENENTU

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Ranking terbaik dan pengalaman luas bukan menjadi ukuran siapa yang akan menggalas tugas di Sukan Komanwel Gold Coast 2018, sebaliknya empat kejohanan awal akan menjadi penentu buat dua gandingan beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

Menurut jurulatih beregu campuran negara, Pang Cheh Chang empat kejohanan itu adalah Masters Thailand, Malaysia, Indonesia dan India.

“Memang kami menghantar empat nama mereka ke temasya itu tapi kami hanya boleh membawa lima pemain lelaki dan lima wanita ke Gold Coast. Semua 10 pemain ini akan beraksi dalam acara individu dan berpasukan,” katanya ketika ditemui semalam.

Jelas Cheh Chang, salah satu pasangan akan digugurkan menjelang temasya itu dari 4 hingga 15 April.

“Dalam empat kejohanan awal ini kami akan melihat prestasi mereka terlebih dulu. Satu pasangan saja akan terpilih, ini kerana kami tidak boleh menghantar ramai pemain ke Gold Coast. Ia berbeza dengan Sukan Asia,” kata bekas pemain beregu kebangsaan itu.

Berdasarka­n ranking semasa, Kian Meng-Pei Jing menduduki ranking ke-11 dunia dan bertindak sebagai pasangan utama ketika Liu Ying terpaksa berehat panjang selama lima bulan kerana pembedahan bahu serta proses pemulihan.

Ia menyebabka­n ranking pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu terperosok hingga ke tangga ke-56 dunia, namun dari segi pengalaman, Peng Soon-Liu Ying masih lagi dianggap yang terbaik termasuk berjaya meraih gelaran naib juara Seluruh England Mac lalu.

Kali terakhir Malaysia meraih emas di Sukan Komanwel adalah menerusi gandingan Koo Kien Keat-Chin Eei Hui di New Delhi pada 2010.

Aksi sulung Peng Soon-Liu Ying adalah di Masters Thailand (9 hingga 14 Januari) apabila diundi menentang Chan Tak Ching-Ng Wing Yung dari Hong Kong, manakala Kian Meng-Pei Jing memulakan musim 2018 di Masters Malaysia dengan berdepan Anders Skaarup Rasmussen-Line Hojmark Kjaersfeld­t (Denmark) pada pusingan pertama.

 Prestasi semasa jadi kriteria pemilihan beregu

campuran ke Sukan Komanwel Gold Coast

 ??  ?? PENG Soon (kiri) bersama Liu Ying di Rio2016.
PENG Soon (kiri) bersama Liu Ying di Rio2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia