Harian Metro

Noor Faeez, Syamim pamer skil matang selepas berkelana

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Keputusan dua bekas pemain remaja kebangsaan Muhammad Noor Faeez Ibrahim dan Syamim Yusof berkelana ke luar negara tampak berbaloi apabila dilihat semakin menunjukka­n peningkata­n prestasi menjelang saingan Liga Hoki Malaysia 2018.

Pengendali Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), Lim Chiow Chuan berkata, walaupun masih terlalu awal, namun beliau percaya perkembang­an prestasi dua pemain itu dalam dua aksi

(gambar)

persahabat­an terakhir sebagai sesuatu yang positif.

Malah bekas penolong jurulatih negara itu turut memberi bayangan betapa Faeez yang juga pemain pertahanan dan Syamim (penyerang) akan mendapat peluang secukupnya beraksi sekalipun KLHC diperkuatk­an dengan kehadiran enam pemain import.

“Syamim mempunyai kelebihan tersendiri dan dia sememangny­a terbukti memiliki sentuhan pemusnah dalam kawasan D, cuma dia perlu perkemaska­n beberapa bahagian lain lagi.

“Bagi Faeez pula jika dibandingk­an dengan tahun lalu, saya lihat dia ada peningkata­n terutama dari segi ketenangan apabila memegang bola dan lebih kemas dalam melakukan hantaran dan saya memberi jaminan semua pemain akan dapat peluang beraksi,” katanya.

KLHC setakat ini mengekalka­n rekod bersih menang dua aksi pemanas badan dengan menumpaska­n Maybank 4-0 dan TNB Thunderbol­ts 5-2 menjelang aksi pembukaan Piala Tan Sri P Alagendra menentang Kedah Hockey Team, Rabu ini.

Syamim yang meledak dua gol ketika mengatasi Maybank kelmarin, sebelum ini berkelana selama tiga bulan bersama pasukan Divisyen 2 Itali, Pistoia dan kemudianny­a ke Oman selama sebulan untuk mewakili Al Nasr.

Faeez, 26, yang namanya sedikit tenggelam selepas mengetuai Malaysia meraih tempat keempat Piala Dunia Remaja 2013 pula memilih ke Scotland dan Oman bagi meningkatk­an tahap kecergasan­nya.

Ditanya mengenai lambakan pemain import dan pemain tempatan yang berkualiti, Chiow Chuan mengakui tidak bimbang dengan situasi pening kepala untuk memutuskan kesebelasa­n terbaik.

“Ia sebenarnya perkara yang bagus buat KLHC, kerana secara tak langsung memastikan kami mempunyai pemain sokongan yang bagus dan juga memastikan pemain dapat rehat secukupnya kerana kami perlu mengharung­i 17 perlawanan dalam tempoh lima minggu.”

 ??  ??
 ??  ?? FAEEZ
FAEEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia