Harian Metro

BERBASIKAL KEKAL CERGAS

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Adam isi masa lapang sebelum perlumbaan dengan aktiviti berkayuh

Apabila memperkata­kan mengenai Muhamad Adam Norrodin, perkara pertama terlintas di fikiran kita pastinya seorang lelaki lengkap memakai sut lumba, memecut laju di atas litar dan mampu mengimbang­i badan ketika mengambil selekoh.

Itulah hakikatnya persepsi terhadap Adam, pelumba Moto3 negara yang sudah beraksi selama dua musim penuh di Kejohanan Motosikal Dunia.

Namun sebenarnya, aktiviti kehidupan Adam lebih luas dan salah satu hobinya untuk mengisi masa lapang adalah dengan berbasikal.

Menceritak­an bagaimana tercetusny­a minat untuk mengayuh basikal, Adam berkata, minat itu didorong oleh rakan sepasukann­ya di SIC Racing Team.

“Saya mempunyai dua basikal iaitu basikal bukit (MTB) dan lebuhraya.

“Kedua-dua basikal ini adalah hadiah daripada pasukan supaya saya dapat mengisi masa lapang dengan baik sebab sepanjang perlumbaan saya tinggal di Barcelona. Hanya bila ada tempoh rehat panjang barulah saya pulang ke Malaysia.

“Jadi biasanya saya akan kayuh basikal bersama rakan sepasukan dengan setiap sesi mengambil masa kira-kira tiga jam.

“Dalam banyak lokasi, Barcelona antara tempat paling menarik untuk melakukan aktiviti berbasikal sebab kawasan persekitar­annya sangat menarik serta berbukit-bukit.

“Bila pulang ke Malaysia pula, saya akan meneruskan aktiviti ini bersama rakan-rakan di sini pula,” katanya.

Jelas Adam, dengan melakukan aktiviti itu juga dapat mengekalka­n tahap kecergasan­nya menjelang perlumbaan di hujung minggu.

“Biasanya pada hujung minggu ketika berlangsun­g perlumbaan saya tidak akan melakukan aktiviti berbasikal.

“Masa paling baik untuk kayuh adalah sebelum bermula perlumbaan kerana secara tak langsung dapat meningkatk­an tahap stamina saya kerana setiap perlumbaan memerlukan tahap kecerga- san yang tinggi,” katanya.

Pelumba kelahiran Parit Raja, Batu Pahat, Johor itu juga tidak menafikan dengan melakukan aktiviti itu ia dapat menghilang­kan rasa tekanan yang dihadapi sebagai seorang pelumba.

“Apabila melakukan aktiviti ini, saya memang mahu terus melupakan kerja-kerja seharian yang saya lakukan.

“Dengan berbasikal juga kebiasaann­ya dapat meningkatk­an semula motivasi saya apabila turun berlumba,” katanya.

 ??  ?? ADAM minat berkayuh di Barcelona. ADAM (tengah) bersama
rakan sepasukan ketika
menyertai perlumbaan.
ADAM minat berkayuh di Barcelona. ADAM (tengah) bersama rakan sepasukan ketika menyertai perlumbaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia