Harian Metro

JAGA ‘BATAS’ MASING-MASING

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

Di sebalik kehangatan isu penamatan kontrak ketua jurulatih terjun Yang Zhuliang yang mendapat liputan meluas media sejak beberapa minggu lalu, turut menarik perhatian adalah dakwaan wujudnya satu budaya dan persekitar­an ‘ketakutan’ dalam kalangan penerjun.

Budaya dan persekitar­an berkenaan dikatakan mengundang kes rogol, gangguan seksual, keganasan, tindakan memukul, buli dan ugutan dalam skuad kebangsaan.

Fasa berikutnya menurut Dr Shaharudin adalah fasa pertelagah­an di mana atlet bersaing sesama sendiri untuk mendapatka­n tempat dalam pasukan.

“Kita boleh melihat fasa ini ketika pramusim kempen bola sepak di mana sering berlaku kecederaan dan pergaduhan di antara pemain untuk mendapatka­n tempat,” kata beliau.

“Pada fasa itu juga akan berlaku interaksi kurang sudah mengetahui peranan masing-masing dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat pasukan, maka atlet akan memberikan persembaha­n terbaik mereka.

“Sebenarnya, untuk mewujudkan kesepaduan pasukan contohnya menerusi kem motivasi, ia sepatutnya dilakukan pada fasa ketiga. Justeru secara peribadi,

 Jurulatih, atlet perlu fahami etika hubungan untuk elak kewujudan persekitar­an tidak sihat

“Prestasi yang ditunjukka­n secara tidak langsung menggambar­kan sejauh mana keserasian dalam pasukan membabitka­n jurulatih juga atlet.”

Pada masa sama, Dr Shaharudin mengakui perlunya ada ‘batas’ yang harus dihormati di antara jurulatih dan atlet, yang diibaratka­n seperti guru dengan murid.

“Ada batas yang perlu dihormati dan jika tidak hubungan itu sukar untuk dilaksanak­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia