Harian Metro

Drogba gembira Weah jadi Presiden Liberia

-

Paris: Bekas bintang Chelsea Didier Drogba mengetuai pujian terhadap legenda bola sepak, George Weah

selepas pemenang tunggal Ballon d’Or dari benua Afrika itu dilantik Presiden Liberia.

“Tahniah Mr George” tulis legenda Ivory Coast itu dalam laman sosial Twitter.

Weah kemudian membalasny­a: “Terima kasih Didier atas sokongan kamu, kita berdua prihatin dan sedar dengan nasib rakyat kita. Mari ikuti laluan yang sama.”

Rakan senegara Drogba yang juga pemain tengah Manchester City, Yaya Toure menulis: “Tahniah Presiden Weah!!”

Bekas tonggak tengah Marseille dari Cameroon, Stephane Mbia menghambur pujian terhadap Weah dengan menulis “Karier yang menakjubka­n.”

“Pemenang Ballon d’Or pertama dari Afrika pada 1995, pemain bersara pertama dilantik presiden republik. Hormat!”

Weah yang menjadi idola di Liberia dan diberi jolokan “Mister George” dilantik secara rasmi Presiden Liberia pada 22 Januari ini selepas memenangi undian mengatasi Naib Presiden Joseph Boakai.

Kejayaan dalam pemilihann­ya juga mendapat ucapan

(gambar)

tahniah daripada bekas kelabnya, Monaco, Paris Saint-Germain dan AC Milan.

Weah bermain di Monaco dari tahun 1988 hingga 1992 dan kelab Ligue 1 Perancis itu menulis: “Keseluruha­n kelab mengucapka­n tahniah kepada George Weah atas pemilihann­ya sebagai Presiden Liberia dan kami mengucapka­n semoga berjaya terhadap beliau selaku ketua negara.”

Bersama PSG dari tahun 1993 hingga 1995, Weah menjulang dua Piala Perancis dan Ligue 1 pada 1994 selain menyerlah di pentas Eropah.

“Kami mengenali George Weah dengan baik sebelum beliau dipilih Presiden Liberia. Tahniah kepada legenda PSG dan dunia bola sepak atas babak baharu dalam kariernya yang gemilang,” tulis PSG dalam Twitter. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia