Harian Metro

ITULAH SANCHEZ!

- Reuters

London

Arsene Wenger meraikan satu lagi pencapaian bermakna dalam karier Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas dua gol Alexis Sanchez mencetus kemenangan 3-2 Arsenal ke atas Crystal Palace.

Pada malam beliau menyamai rekod bekas pengendali Manchester United, Alex Ferguson yang mengharung­i 810 perlawanan liga, Wenger menyaksika­n Sanchez meledak dua gol di babak kedua dalam tempoh empat minit di Selhurst Park.

Shkodran Mustafi meletakkan pelawat di depan selepas 25 minit, tetapi The Gunners bergelut menambah jaringan selepas deretan peluang tidak disempurna­kan dan Palace bangkit selepas rehat menerusi jaringan penyamaan Andros Townsend.

Kemudian Sanchez yang masa depannya di Arsenal masih menjadi tanda tanya, membuktika­n kehebatann­ya dengan jaringan minit ke-62 dan empat minit kemudian menyempurn­akan hantaran jauh daripada Jack Wilshere.

James Tomkins menanduk masuk gol kedua Palace di akhir permainan.

The Gunners kekal di tangga keenam dengan kemenangan itu, tetapi mengutip 37 mata menyamai Tottenham Hotspur dan hanya satu mata di bawah kelompok empat teratas.

Palace yang tewas buat kali pertama selepas sembilan perlawanan, di tangga ke-16 dengan 18 mata, hanya satu mata di atas zon penyingkir­an. Wenger, ketika ditanya mengenai masa depan Sanchez berkata: “Kebiasaann­ya apabila seseorang itu tidak mempunyai kontrak yang panjang, mereka akan dipersoalk­an. Perkara terbaik untuk membuktika­n bahawa mereka komited adalah memberikan persembaha­n seperti itu.

“Saya rasa dia amat bagus pada malam ini sejak minit pertama, memberi tumpuan terhadap perlawanan. Inilah Sanchez, pemain bola yang hebat seperti yang kita mahu. Itulah persembaha­n yang kita mahukan daripadany­a.

Biarpun ia dianggap satu formaliti menjelang pemergian Sanchez, Wenger menambah: “Lihat, pertama sekali tiada siapa yang tahu apa akan berlaku. Sukar untuk membuat spekulasi.

 Wenger puji aksi mantap bintang Arsenal menentang Palace

“Pada detik ini, kami fokus pada perlawanan berikutnya, di mana pemain memberi komitmen dan sedia untuk berjuang. Bukan satu jaminan berapa lama anda akan kekal bersama sesebuah pasukan.

“Selagi anda berada di sana, berikan yang terbaik. Saya pun bukannya pakar bidang psikolgi.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia