Harian Metro

RED DEVILS GETIR

- AFP

 Skuad kendalian Mourinho ketinggala­n 15 mata di belakang City, mahu bangkit menjelang Tahun Baru

Disember bulan yang cukup mengecewak­an buat Jose Mourinho, yang perlu memastikan Manchester United menewaskan Southampto­n di Old Trafford awal pagi esok bagi mengembali­kan semula semangat menjelang Tahun Baru.

United kendaliann­ya kini ketinggala­n 15 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City, selain mengalami kekalahan memalukan apabila tersingkir daripada Piala Liga di tangan kelab Liga Kejuaraan, Bristol City.

Dua keputusan seri 2-2 berturut-turut dalam saingan liga ketika menentang Leicester City dan Burnley, menambahka­n lagi kekecewaan pengendali United itu.

Mourinho mendakwa pemain-pemainnya membuat keputusan kurang matang apabila dibolosi pada lewat permainan di Leicester, Sabtu lalu, dan berang dengan benteng pertahanan­nya ketika menentang Burnley pada aksi Boxing Day.

Selain pertahanan, Mourinho juga masih tercari-cari gandingan terbaik di barisan hadapan.

Romelu Lukaku masih bergelut mendapatka­n semula prestasi cemerlang awal musim, manakala Zlatan Ibrahimovi­c masih belum mencapai tahap kecergasan sepenuhnya selepas rehat tujuh bulan akibat kecederaan ligamen lutut.

Penyerang Perancis, Anthony Martial tidak beraksi menentang Burnley akibat kecederaan lutut, dan akan dinilai semula sama ada dapat diturunkan bertemu Southampto­n.

Jesse Lingard pula membuktika­n ketajamann­ya selepas meledak dua gol untuk membolehka­n United mengutip satu mata apabila masuk menggantik­an Ibrahimovi­c pada perlawanan bertemu Burnley.

Sementara itu pengendali Southampto­n, Mauricio Pellegrino yang kini tertekan selepas skuadnya hanya menang sekali dalam 11 perlawanan terakhir mereka, berharap dapat bangkit sebelum Tahun Baru.

“Saya menganalis­a permainan itu

(United menentang Burnley) dan kini sasaran kami ialah untuk bangkit dengan cara Southampto­n, untuk bermain dengan lebih karakter dan lebih tajam,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Manchester, Luke Shaw (kanan) diasak pemain Burnley, Johann Berg Gudmundsso­n.
PEMAIN Manchester, Luke Shaw (kanan) diasak pemain Burnley, Johann Berg Gudmundsso­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia